Pada tahun-tahun sebelum ini, tanaman hidroponik telah mendapat sambutan di Malaysia. Disebabkan itu, penanaman ini sudah mendapat liputan dalam dunia media.
Jika ini kali pertama anda mendengar istilah tersebut, jangan risau. Kami akan menerangkan serba-sedikit informasi mengenainya di dalam artikel ini.
Antara topik yang kami akan cover termasuklah maklumat ringkas dan padat mengenai hidroponik dan juga beberapa jenis sistem penanamannya.
Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui info lanjut.
Info Ringkas Mengenai Hidroponik
Hidroponik adalah merujuk kepada kaedah penanaman tumbuhan dengan meletakkan akarnya ke dalam air baja.Secara kata dasarnya, hidro (atau hydro) bermaksud air. Jadi, kaedah hidroponik ini hanya menggunakan air baja sebagai nutrisi kepada tanaman tanpa menggunakan tanah.
Buat yang pertama kali mendengar kaedah ini, anda mungkin akan terpingga-pingga. Soalan seperti:
“Bagaimana tanaman tersebut boleh hidup jika tiada tanah di bawahnya?”
Sebenarnya, penggunaan tanah akan digantikan dengan bahan-bahan lain seperti sabut kelapa, pasir, habuk kayu dan sebagainya.
Dengan ini, tanaman yang ditanam melalui kaedah hidroponik tidak akan dipengaruhi oleh perubahan struktur pada tanah (secara semulajadi mahupun buatan manusia).
Akar-akar tanaman tersebut akan menerima nutrisi daripada garam dan mineral secara terus daripada air. Jadi, ia lebih selamat untuk di-consume.
Jenis-jenis Sistem Hidroponik
Pada bahagian ini, kami akan menceritakan jenis-jenis sistem hidroponik yang anda boleh (atau mungkin berminat) untuk mencuba di rumah.Teruskan membaca.
Sistem Pasang Surut (EBB & Flow)
Seperti namanya, jenis sistem hidroponik pasang surut ini perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan.
Hal ini disebabkan anda perlu “rendam” tanaman di dalam air larutan nutrient terlebih dahulu. Teknik ini dipanggil waktu pasang.
Manakala, setelah 5-10 minit tanaman tersebut direndam di dalam air larutan, anda perlu “membuang”-nya kembali ke air takungan.
Ini bermakna sistem jenis ini memerlukan pengulangan untuk menambahkan nutrisi kepada tanaman secara berkala.
Sistem Aeroponik
Yang kedua ialah sistem aeroponik, iaitu kaedah penanaman yang tidak memerlukan bekas tangungan. Ini bermaksud akar tanaman tersebut akan tergantung di udara.
Menarik, bukan?
Jadi, bagaimana tanaman ini mendapatkan nutrisi jika tiada bekas tanggungan?
Mudah saja.
Anda hanya perlu spray air larutan mineral/nutrisi tanaman pada akar tanaman yang tergantung tersebut.
Anda juga boleh menggunakan kabut atau kabus bagi tujuan pengekalan nutrisi pada akar tanaman.
Sistem Water Culture
Sistem Water Culture atau nama lainnya adalah Nutrient Film Technique (NFT) adalah teknik penanaman tumbuhan secara apungan.
Dengan kata lain, ia adalah lebih kurang sama dengan sistem aeroponik.
Yang membezakan antara kedua-dua jenis ini ialah anda tidak perlu membuang air larutan nutrisi untuk sistem NFT.
Ini bermakna tanaman anda akan menerima nutrisi secara konsisten daripada air larutan tersebut.
Berbanding dengan jenis aeroponik, anda perlu memastikan tanaman itu mendapat nutrisi yang mencukupi secara berkala.
Jika anda suka makan salad dan ingin menanamnya di rumah, kaedah sistem water culture ini amat bersesuaian untuk tanaman ini.
Sistem Wick (Sumbu)
Sumbu atau wick tidak memerlukan banyak peralatan. Anda hanya perlu menyediakan dua bekas; untuk anak pokok dan air larutan mineral/nutrisi.
Kemudian, anda perlu meletakkan wick diantara tanah di dalam bekas anak pokok tersebut dan larutan air tersebut.
Dengan cara ini, pokok anda akan sentiasa menerima nutrisi melalui penyambungan hujung wick itu.
Tanah yang lembap itu akan menyebabkan pokok anda tumbuh dengan lebih mekar.
Jenis-jenis Tanaman Hidroponik
Meskipun teknik hidroponik mudah untuk dikendalikan, namun anda perlu ambil tahu tentang cara pemasangan dan kekerapan.
Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada rosaknya tanaman itu termasuklah daripada segi mekar dan subur.
Di bawah ini kami akan kongsi beberapa jenis tanaman hidroponik yang anda boleh lakukan di rumah:
- Tanaman hijau dan ringan seperti salad, sawi, brokoli dan asparagus.
- Rempah-ratus seperti oregano, rosemary, dan thyme.
- Tomato, strawberi, kentang dan cili.
Tips Penjagaan Tanaman Hidroponik
Kaedah hidroponik tampak mudah, tetapi ia memerlukan teknik penjagaan yang rapi.
Hal ini kerana jika anda tersilap langkah, tanaman itu boleh rosak serta tidak menghasilkan buah atau tumbuhan yang anda inginkan.
Oleh itu, kami sertakan beberapa tips penting mengenai penjagaan tanaman hidroponik, antaranya adalah:
- Pastikan setiap bekas yang ingin digunakan sudah dibasuh dan kering bagi tujuan kebersihan.
- Tanaman hidroponik memerlukan tempat yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi.
- Pastikan bekas untuk ruang pengudaraan mencukupi untuk memastikan tanaman itu menerima oksigen.
- Buang bahagian tanaman yang sudah rosak.
- Pastikan bekas atau pot tanaman seimbang.
Sebelum kami akhirkan penulisan ini, kami akan kongsikan kelebihan mengamalkan teknik penanaman hidroponik.
Sikit sahaja lagi sebelum artikel ini tamat. Jom, baca sampai habis!
Kelebihan Menggunakan Kaedah Hidroponik
- Kaedah ini tidak memerlukan ruang yang luas. Anda hanya perlu bijak dalam mengatur bekas tanaman agar ia menerima oksigen dan matahari yang mencukupi.
- Tidak banyak melibatkan kerja-kerja yang berat.
- Kitaran air yang sentiasa berpanjangan.
- Dapat mengurangkan masalah tanaman seperti serangga perosak dan perubahan pH dan struktur tanah.
Kesimpulannya, kaedah penanaman secara hidroponik bukan hanya popular disebabkan tekniknya yang berbeza. Malah, ia amat jimat daripada segi ruang dan wang.
Selain itu, anda juga tidak perlu menggunakan tenaga fizikal ketika mengendalikan tanaman hidroponik.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau concern mengenai hidroponik, anda boleh hubungi syarikat kami iaitu Teknoganik.
Kami sudah berkecimpung dalam bidang pertanian sejak tahun 2020.
Jadi, kami akan memastikan agar kualiti servis dan produk kami iaitu baja organik POWERGRO yang terbaik untuk tanaman anda.
Di Teknoganik, kami ada menyediakan servis seperti:
- Penanaman pokok sacha inchi
- Pembuatan dan pembekal baja jenis foliar
- Menyediakan konsultasi tanaman durian
- Menyediakan pembajaan kebun dan ladang
Jadi, jangan bertangguh lagi sekiranya anda memerlukan bantuan daripada pihak kami di Teknoganik.
Anda hanya perlu klik pada pautan di bawah untuk dapatkan maklumat kami.