Terdapat banyak tumbuhan yang baik untuk diambil demi kebaikan kesihatan anda. Salah satu tumbuhan ini adalah sacha inchi.
Ia semakin dapat sambutan pasaran di dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelebihan yang boleh dinikmati bagi mereka yang mengambil produk tumbuhan ini.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang tumbuhan sacha inchi dan kelebihannya.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Tentang Sacha Inchi
Sacha Inchi adalah satu tumbuhan yang berasal dari negara Peru dan boleh menghasilkan kekacang yang besar dan boleh dimakan atau dibuat menjadi produk atau suplemen kesihatan.
Ia adalah tumbuhan yang mengandungi banyak nutrien yang boleh membantu anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Antara kandungan dalam tumbuhan ini adalah protein tinggi sebanyak 27% dan minyak yang mempunyai banyak nutrien penting seperti Omega-3 , Omega-9 dan vitamin A.
Untuk pengetahuan anda, ia dikenali sebagai superfood kerana memiliki banyak nutrien yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Oleh itu, anda sangat disarankan untuk mengambil produk dan supplemen yang menggunakan sacha inchi sebagai bahan utama mereka.
Kebaikan Sacha Inchi
Di bahagian ini kami akan menerangkan kepada anda beberapa kebaikan yang anda boleh menikmati dengan mengambil produk sacha inchi.
Membantu Turun Berat Badan
Kehadiran tryptophan dalam sacha inchi membantu untuk anda menurunkan berat badan dengan senang kerana nutrien ini membantu anda mengawal selera makan.
Oleh itu, anda tidak akan berasa senang lapar. Dengan itu, anda tidak akan mencari makanan tengah malam kerana anda sudah berasa kenyang.
Ini akan membantu anda untuk menurunkan berat badan anda dengan baik.
Baik Untuk Rambut
Selain dari tubuh badan, tumbuhan ini juga baik untuk diamalkan bagi mereka yang mencari produk untuk menjaga rambut mereka.
Ini kerana ia mempunyai sumber Omega-3 yang tinggi. Ia boleh membantu menjaga kesihatan rambut dan juga boleh mengekalkan kelembapan rambut anda.
Baik Untuk Kulit
Sacha inchi juga membawa manfaat kepada kulit anda. Ini kerana ia mengandungi asid lemak yang banyak yang boleh membantu anda menjaga kulit dengan baik.
Ia akan mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit anda supaya ia tidak akan kering atau mengelupas dengan senang.
Selain asid lemak, vitamin E juga memainkan peranan yang tinggi dalam menjaga kesihatan kulit anda.
Membantu Elak Kencing Manis
Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan satu penyakit yang sangat biasa dihadapi oleh penduduk di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, minyak sacha inchi boleh membantu mengurangkan risiko untuk anda mendapat penyakit diabetes kerana mempunyai Omega-3 yang tinggi.
Ini kerana Omega-3 berfungsi dengan mengawal paras gula darah anda dengan meningkatkan kepekaan insulin. Oleh itu, ia dapat membantu anda untuk mengelakkan risiko diabetes.
Baik Untuk Jantung
Kebaikan kesihatan seterusnya yang dibawa oleh tumbuhan ini adalah ia dapat meningkatkan kesihatan jantung atau kardiovaskular.
Ini ia mempunyai kandungan lemak baik yang banyak yang boleh menurunkan tahap kolestrol dalam badan anda. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesihatan jantung anda.
Selain itu, tumbuhan ini juga mempunyai phytosterols yang banyak yang boleh mengurangkan kolestrol dalam tumbuh badan untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular anda.
Bantu Membaiki Otot dan Tisu
Kehadiran protein yang banyak dalam sacha inchi dapat membantu membaiki tisu-tisu dan otot rosak dalam badan anda.
Ia dapat membantu tubuh badan dalam proses pemulihan selepas kecederaan. Jika anda telah mengalami perkara ini, anda boleh ambil produk sacha inchi untuk membantu.
Meningkatkan Kualiti Tidur
Jika anda mengalami masalah tidur, anda boleh ambil sacha inchi kerana ia membantu untuk meningkatkan kualiti tidur anda kerana mempunyai tryptophan.
Ia adalah sejenis nutrien yang membantu meningkatkan pembebasaran hormon serotonin yang membantu badan kita untuk berasa tenang dan bahagia.
Dengan itu, kita akan lebih senang untuk tidur kerana tidak berasa stres dengan sekililing kita.
Kesimpulannya, tumbuhan sacha inchi sangat baik untuk kita kerana ia mempunyai banyak khasiat yang dapat membantu kita menjadi lebih sihat.
Jika anda mencari syarikat di Malaysia untuk membantu anda dalam proses pertanian, anda boleh merujuk syarikat Teknoganik Hijau!
Kami ditubuhkan pada 2020 dan merupakan sebuah syarikat yang menggabungkan teknologi dan bahan organik yang mesra alam dan selamat.
Berikut adalah antara servis yang kami sediakan untuk pelanggan kami:
- Khidmat penanaman Sacha Inchi
Projek ini adalah hasil kerjasama bersama unit ladang Universiti Kolej Agrosains Malaysia, UCAM.
Objektif projek ini ialah untuk menghasilkan SOP menyeluruh untuk tanaman Sacha inchi, bermula daripada pembenihan hingga ke pengeluaran hasil.
- Konsultasi Tanaman Durian
Dengan penglibatan secara langsung dalam bidang pertanian, menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi serba dalam mendapatkan kaedah terbaik dan sesuai untuk tanaman.
- Menghasil dan Membekal Baja
Menggunakan formulasi organik dan teknologi microbe, kami menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dalam penghasilan produk.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan dengan servis kami atau ingin ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh ke laman web kami di sini.