Buah-buahan tempatan merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut.
Malaysia merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan sepanjang tahun untuk buah yang bermusim ataupun tidak bermusim.
Ramai di kalangan rakyat Malaysia menanam pokok durian disebabkan harganya yang semakin meningkat.
Hasilnya amat lumayan walaupun mengambil masa yang lama.
Pokok durian mempunyai dua musim berbuah iaitu pada bulan Jun hingga Ogos dan bulan November hingga Januari.
Ramai yang menggemari buah tersebut disebabkan rasa yang pelbagai dan unik serta baunya yang harum.
Tips penjagaannya bermulalah dari anak pokok sehinggalah ia mengeluarkan hasil.
Info Ringkas Mengenai Pokok Durian
Durian dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Buah yang dihasilkan adalah bersaiz besar, beraroma dan isinya dilindungi kulit yang berserat dan penuh dengan duri.
Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.
Kawasan utama penanaman secara komersial berada di negeri Perak, Kelantan dan Pahang.
Durian merupakan salah satu buah yang terkenal untuk dimakan segar dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia.
Isi durian boleh dijadikan sebagai lempok, jem, dan tempoyak serta boleh diproses menjadi serbuk.
Cara Penjagaan Anak Pokok Durian
Ramai mula menanam atau membeli anak pokok durian disebabkan oleh harga yang semakin meningkat. Ikuti petua di bawah mengenai penjagaan anak pokok durian.
1. Tanah
Bagi anak pokok durian yang baru ditanam, digalakkan menggunakan tanah yang dicampur atau tanah yang lembab bagi mengawal suhu pokok dan kelembaban tanah.
Tidak lupa juga, sabut kelapa dan sisa rumput kering boleh digunakan dan diletakkan di pangkal pokok.
Apabila cuaca terlalu panas, kebarangkalian anak pokok boleh menjadi layu dan mati.
2. Siraman
Pokok durian hendaklah disiram dua kali sehari iaitu pada waktu awal pagi dan petang.
Sebagai alternatif, gunakan botol yang ditebuk kecil pada bahagian penutup yang berisi air dan dipotong sekeliling bawah bahagian botol.
Seterusnya, botol yang telah ditebuk dan dipotong perlu diletakkan di sebelah pokok secara terbalik.
Air hujan akan menyebabkan botol bertakung dan akan disalurkan secara terus pada pokok durian.
3. Kawalan Rumpai atau Rumput
Durian yang berumur kurang daripada 2 tahun tidak boleh menggunakan racun rumpai disebabkan oleh racun tersebut dapat merosakkan akar yang aktif mengambil atau menerima makanan.
Cangkul adalah solusi yang terbaik untuk mengawal rumpai atau rumput di sekeliling pokok sekaligus memudahkan kerja penyelenggaraan seperti membaja.
4. Pembajaan Pokok Durian
Baja Organik Kompos atau semi-organik dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 digalakkan untuk digunakan pada peringkat awal pertumbuhan manakala baja buah NPK 12:12:17 digunakan pada peringkat pokok berbuah.
Pembajaan anak pokok durian perlu dilakukan dengan kaedah tabur disekeliling atau dikambuskan dengan tanah.
Pastikan tidak menabur baja di pangkal pokok bagi memudahkan proses pemakanan akar.
Pokok durian yang mengeluarkan bunga tidak perlu tabur baja. Hal ini kerana, baja tersebut boleh mengakibatkan bunga durian menjadi kering dan gugur.
Digalakkan untuk mengguna baja kimia. Tahi ayam yang mereput juga boleh digunakan sebagai baja tambahan supaya dapat menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi dan berkualiti.
4 Jenis Penyakit Pokok Durian
Terdapat beberapa jenis penyakit yang sering menyerang pokok durian. Berikut adalah jenis-jenis penyakit pokok durian:
1. Kanker Batang (Phytophthora Palmivora)
Kanker Batang atau nama saintifik Phytophthora Palmivora menyerang seluruh bahagian tanaman mulai dari akar, batang, daun, dan buah.
Antara tanda-tanda kanker batang ialah cecair yang berwarna coklat keluar daripada nekrosis di pangkal batang. Daun yang diserang menjadi coklat dan mati.
Kawalan yang perlu dibuat adalah kikis batang yang dijangkiti dan disapu dengan bahan aktif metalaksil.
2. Hawar Daun (Rhizoctonia solani)
Pada daun ia kelihatan seperti tompokan air dengan corak rawak yang berwarna perang. Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur.
Kawalan yang perlu dibuat adalah menggunakan racun kulat benomyl 0.03 peratus a.i ( active ingredient).
3. Cendawan Angin (Corticium Salmonicolor)
Ranting yang dijangkiti dan dipenuhi dengan maicilla merah jambu. Jangkitan yang teruk akan menyebabkan daun gugur dan ranting akan mati.
Kawalan yang perlu dibuat adalah menggunakan racun kulat berkuprum seperti copper oxychloride 0.1 peratus a.i ( active ingredient).
4. Kulapuk Hitam (Meliola sp.)
Kulat ini menyerang bahagian permukaan kulit dan daun pokok dengan kelihatan kulapok dan menghalang proses pendebungaan.
Kawalan dapat dilakukan dengan mencantas dahan yang diserang iaitu dahan yang rapat. Langkah yang perlu diambil adalah menggunakan racun Kulat Maneb 0.1 peratus a.i (active ingredient).
Langkah yang lebih baik untuk mengelakkan penyakit ini boleh menggunakan baja kimia. Tetapi, perlu diingatkan penggunaan hendaklah dalam kawalan.
Penggunaan berlebihan menyebabkan tanah menjadi berasid dan keracunan ferum, mangan dan aluminium.
Jadi, salah satu cara bagi mengurangkan masalah-masalah yang dinyatakan ini, adalah dengan menggunakan baja organik.
Jom kita baca apa kebaikan baja organik pada bahagian seterusnya!
Bagaimana Baja Organik Bantu Pokok Durian?
Penggunaan baja organik semakin meluas selaras dengan peningkatan kehendak orang ramai terhadap produk organik.
Tahukah anda pembuatan baja organik hanya memerlukan sumber semula jadi seperti tinja haiwan, sisa rumah, hasil sampingan pertanian dan sisa tumbuhan.
- Menambahbaik struktur tanah
Penggunaan baja organik merangsang pertumbuhan akar tanaman pokok durian dengan baik kerana tekstur dan pengudaraan yang lebih baik.
Apabila struktur tanah dalam keadaan baik, tekstur tanah lebih kukuh untuk menahan air, memulihkan nilai pH tanah yang berasid, tanah tidak lagi mampat dan suhu tanah menjadi baik.
- Menggalakkan mikroorganisma baik
Tanah mempunyai mikroorganisma baik yang memainkan peranan penting dalam penguraian bahan organik.
Ia membantu proses penguraian bahan organik.
Baja organik juga mempunyai mikroorganisma baik yang apabila digunakan, aktiviti penguraian bahan organik seperti nutrient penting dalam tumbuhan berlangsung lebih baik.
- Jangkat Hayat Tumbuhan Lebih Panjang
Elemen semula jadi dalam baja organik memberi tekanan berpanjangan pada tumbuhan, sekaligus meningkatkan jangka hayat tumbuhan.
Apabila jangka hayat tumbuhan meningkat, maka hasil tanaman dapat dituai dengan banyak dalam jangka hayat satu tumbuhan.
Bila dah tahu kebaikan baja organik, anda mesti terfikir mana nak beli baja organik.
Anda boleh dapatkan baja organik, PoweGRO, yang amat dikenali kerana keberkesanannya!
Berikut merupakan ciri-ciri baja PowerGRO yang anda perlu tahu:
- Tiada campuran bahan atau cecair kimia.
- Membantu untuk membaiki struktur tanah.
- Tidak mengandungi sisa haiwan.
- 100% organik.
Dengan adanya baja organik begini, ia bukan sahaja untuk perkembangan dan kesihatan tanaman, malah ia juga amat baik untuk:
- Membaiki komposisi tanah
- Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
- Mengelakkan tanaman anda dari terkena serangan penyakit
Cepat dapatkan baja PowerGRO sekarang bagi tanaman pokok durian yang makin baik!