Seronokkan kalau nampak orang yang suka bercucuk tanam ni pokok mereka hidup subur dan sihat?
Trend menanam pokok dirumah telah menjadi kegilaan ramai terutamanya selepas pandemik berlaku.
Tamat zaman pandemik mungkin ada yang masih meneruskan lagi minat mereka dan ada juga yang tidak.
Mungkin selepas endemik pokok anda tidak terurus? Atau mungkin terlebih baja.
Macam mana nak tahu tanda pokok terlebih baja? Seterusnya, apa perlu dibuat jika tanaman kita terlebih baja?
Anda baca artikel yang tepat! Jom ketahui info tentang bagaimana hendak rawat tanda pokok terlebih baja.
Masalah ini kerap terjadi kepada kalangan mereka yang baru belajar bercucuk tanam.
Maklumlah belum cukup mahir dengan sukatan dan cara penjagaan yang tepatkan.
Antara kesan terlebih baja bukan sahaja boleh menyebabkan daun pokok kita kerinting, namun daun tersebut itu boleh juga gugur.
Ini akan membuatkan pokok akan kelihatan layu meskipun sudah disiram dan dibaja.
Selain itu, pucuk akan mati atau putik tanaman tersebut akan rosak. Jika anda nampak tanda-tanda ini jangan dibiarkan!
Pokok boleh mati dan rugi jika pokok berkenaan sedang berbuah. Pokok yang terlebih baja boleh dirawat tau.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Buang semua dahan dan daun yang rosak dan tidak sihat
- Sembur kawalan perosak yang membantu pertumbuhan pucuk
- Jangan siram tanaman dalam 2 ke 3 hari supaya medium kering sedikit dan pastikan letak di bawah panas matahari
- Hari ke 4 dan 5 siram air biasa sahaja
- Hari ke 6 baru siram dan baja dengan kadar rendah (100ppm) untuk tempoh 5 ke 6 hari.
- Jika ada bunga yang gugur dan tidak lekat makanya tambahlah sedikit demi sedikit baja.
Kelebihan Baja Semulajadi Untuk Tanaman
Terdapat pelbagai sebab mengapa baja semulajadi atau dikenali baja organik berbaloi untuk digunakan ketika menanam buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga atau pokok.
Kelebihan pertama ialah melalui sifat semulajadi produk tersebut.
Ramai yang tidak tahu dan agak terkejut yang baja organik ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan yang sedia ada dan barangan hasil yang terdapat dalam rumah.
Seterusnya kelebihan baja organik ini juga tidak menelan kos yang tinggi serta sangat bagus untuk tanaman kerana boleh mengurangkan bahagian bahan kimia untuk tanaman anda.
Disamping itu, serbuk kopi sangat sesuai untuk menyuburkan tanaman.
Selain dari mengurangkan sampah yang terkumpul dirumah, kita juga dapat menyumbang ‘kehidupan’ lebih baik kepada tanaman kita.
Tanaman Subur Tanpa Baja
Tahukah anda kita boleh bercucuk tanam dan membuatkan tanaman kita subur tanpa menggunakan baja?
Mari saya kongsikan tipsnya.
Pastikan anda menggunakan tanah hitam sawit yang asli tanpa campuran. Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat. Jadi boleh tambahkan pasir supaya tanah itu tidak terlalu padat dan akar boleh bergerak dengan bebas.
Selain itu, boleh siramkan pokok-pokok dan tanaman dengan air basuhan ikan, ayam atau basuhan beras.
Sementara itu, setiap tanaman ada musuhnya iaitu serangga. Oleh itu, cara untuk DIY racun serangga adalah dengan menggunakan 3 bahan sahaja.
- 1 botol mineral besar air nasi basi
- 1 labu bawang putih
- 1 paket kecil ajinamoto
Kisarkan semua, tapis dan simpankan dalam botol yang ada penyemburnya. Jika hendak tahan lama boleh simpannya di dalam peti sejuk.
Apabila hendak gunakannya, masukkan sedikit pati dan campurkan dengan air paip. Goncangkannya dan sembur pada pokok. Selain daripada boleh halau serangga, ianya juga boleh untuk menyuburkan dan menyihatkan pokok.
Antara tips yang lain ialah sentiasa rajin untuk trim dan buang daun-daun yang tidak sihat dan sakit.
Jangan lupa siram pokok sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Seeloknya pada waktu pagi dan petang.
Jika ada pokok yang tidak elok dan rosak, janganlah terus buang. Cuba rawat sehingga pulih dahulu.
Sekurang-kurangnya kita dapat belajar dan peroleh ilmu baru tentang menanam pokok.
Jika ada salah seorang yang baru hendak belajar bercucuk tanam dan tidak tahu baja apa yang terbaik boleh layari laman web ini.
Mereka menggunakan jenama PowerGRO iaitu baja yang dihasilkan oleh gabungan bahan organik dan teknologi mikrob.
Selain itu, mempunyai 100% ekstrak semulajadi dan 100% bebas dari najis haiwan.
Anda juga boleh bertanya sebarang soalan jika tidak pasti tentang baja tersebut kerana mereka ada team yang berpengalaman.
Sementara itu, bukan baja sahaja yang ada. Syarikat Teknoganik Hijau juga membekalkan keperluan barang asas pertanian seperti racun termasuk perkhidmatan pertanian juga.
Bahan yang Teknoganik Hijau tawarkan adalah mesra alam dan selamat. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu atau risau lagi.
Jom dapatkan baja PowerGRO sekarang untuk tanaman anda dirumah.