Lawatan Kebun Durian, Raub

Lawatan Ke Kebun Durian Raub, Pahang

\"\"Pada bulan November tahun 2022, team PowerGRO sekali lagi mengadakan lawatan ke kebun durian yang terletak di daerah Raub, Pahang. Pengusaha ini menggunakan baja PowerGRO dalam setiap tanaman beliau. Jadi pihak kami bersetuju untuk mengadakan pemantauan dan melihat perkembangan tanaman pokok durian beliau. Semenjak menggunakan baja PowerGRO, beliau mendapati tanamannya kian cepat dalam penghasilan tunas yang baru dan hanya mengambil masa dalam seminggu! Beliau juga mendapati pokok tanamannya juga  bebas dari gangguan serangga perosak.

Beliau turut menjelaskan bahawa selepas penggunaan baja PowerGRO, daun pokoknya makin lebat dan batang pokok semakin kuat. Pokok durian beliau juga tumbuh sehingga 1 kaki dalam masa sebulan. Beliau juga memberitahu beliau menggunakan baja Powergro seawal semaian benih, dan katanya biji benih beliau gunakan cepat berkecambah dan mempunyai jaringan akar yang banyak. Selepas menggunakan baja PowerGRO, beliau merasai tanamannya semakin subur berbanding sebelum ini di mana pokoknya yang seringkali terlihat kurus dan terbantut dalam pembesaran. Secara amnya, pokok durian boleh mencapai ketinggian hingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 – 20 m dan keluasan kanopi di antara 19 -12 m. Pokok durian juga mempunyai pelbagai variasi dan klon di mana pokok ini boleh menghasilkan variasi yang baru apa bila “dikahwinkan”. Pokok durian juga sesuai di tanam di dataran atau kawasan yang tinggi.

Kebun Durian Raub, Pahang

\"\"

Baja PowerGRO adalah baja yang sesuai digunakan untuk tanaman durian.kerana baja ini mengandungi nutrien dan teknologi micro-organism. Ianya dari hasil organik seperti buah-buahan dan hasil laut untuk membantu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada pokok. Baja ini juga sesuai digunakan dalam setiap peringkat umur tanaman. Dengan menggunakan baja PowerGRO dapat membantu pokok dalam meningkatkan daya tahan dan imunisasi tanaman, ianya juga berhasil dalam membantu tanaman dalam memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah dan membantu bunga untuk tidak gugur serta kekal menjadi buah yang bermutu tinggi.

 

\"\"


Hubungi Kami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *