Projek Lingkaran Kertas
Projek Lingkaran Kertas adalah kerjasama diantara pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Team PowerGRO. Nama projek ini dinamakan sempena usaha pihak bandar raya dalam melestarikan lingkaran ini dengan tanaman pokok bunga kertas. Namun projek ini mengalami kesukaran apabila tanaman pokok bunga kertas di test plot tidak berbunga dan berhasil.
Team PowerGRO telah dijemput untuk menerangkan produk dan kelebihan baja PowerGRO dalam tanaman bunga. PowerGRO adalah baja organik yang diperbuat daripada hasil tanaman laut dan buah-buahan. Micro-organism yang terdapat didalam baja PowerGRO dapat membantu pokok dalam meningkatkan daya tahan dan imunisasi tanaman, ianya juga berhasil dalam membantu tanaman dalam memulih dan menambah baik keadaan fizikal.
( Keadaan Pokok Bunga Kertas sebelum baja PowerGRO )
( Keadaan Pokok Bunga Kertas selepas menggunakan baja PowerGRO )
Baja organik PowerGRO digunakan dalam percubaan test plot selama 2 bulan. Hasil yang diperlukan sudah muncul sejak seawal 3 minggu. Tanaman pokok bunga kertas harus diberi pemerhatian yang rapi kerana tanaman mungkin tidak menunjukkan hasil. Seperti kekurangan nutrien didalam tanah yang digunakan. Baja PowerGRO dapat membantu menstabilkan PH tanah yang digunakan.
Selain masalah tanah, serangga perosak seringkali menghantui setiap tanaman. Di sebabkan serangga, tanaman akan menunjukkan efek yang negatif dan tidak sihat. Medium yang digunakan baja kami terdapat beberapa bahan yang mampu menghalau dan menghindarkan serangan serangga perosak.
Pokok Bougainvillea
Pokok bunga kertas ataupun dikenali pokok Bougainvillea adalah pokok tanaman hiasan yang berasal dari Amerika Selatan. Tanaman bunga kertas ini sangat popular di Malaysia untuk hiasan laman dan landskap. Tumbuhan ini dikatakan dapat hidup selama 20 tahun. Tanah ini juga memerlukan nutrien dari tanah jenis campuran tanah bakar, pasir sungai dan baja organik. Baja PowerGRO mempunyai nutrien dari hasil tanaman laut yang dapat mengimbangi keadaan tanah pokok tanaman.
Setelah 2 bulan, pokok bunga kertas ini telah menunjukkan hasil bunga yang banyak dan daun yang semakin lebat. Hasil percubaan test plot ini berjaya dengan menggunakan bantuan baja PowerGRO sebagai nutrien tambahan. Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan kami dalam percubaan test plot menggunakan baja PowerGRO, boleh hubungi kami melalui link di bawah.