Dalam dunia pertanian, penggunaan baja yang sesuai seperti baja AB adalah amat penting.
Ia boleh mempengaruhi pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, mengeluarkan hasil yang banyak, dan sihat.
Tapi macam mana nak tahu baja yang digunakan sesuai dengan jenis tanaman kita?
Penggunaan baja yang kurang sesuai bukan sahaja membinasakan tanaman, malah menjadikan tanah lebih berasid.
Bagi mengelakkan perkara itu terjadi, kita perlu tahu jenis baja yang boleh digunakan dengan selamat tanpa mengubah pH tanah.
Hal ini bukan sahaja dapat menjaga kualiti tanaman, ia juga boleh menjimatkan masa dan modal.
Dalam artikel ini ada menjelaskan mengenai baja ini, kegunaannya sesuai untuk tanaman jenis apa dan kelebihan menggunakan jenis baja ini.
Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Apa itu Baja AB?
Baja AB juga dikenali sebagai baja fertigasi. Ia merupakan sejenis booster tumbuhan yang spesifik untuk tanaman tertentu.
Baja ini mengandungi kandungan nutrisi yang berbeza bagi memastikan sistem imuniti bagi sesuatu tanaman itu terjaga.
Oleh itu, baja ini mempunyai nisbah bahan kandungan yang berbeza mengikut keperluan sesuatu tanaman seperti cili, terung, halia, dan lain-lain.
Kandungan Dalam Baja AB
Baja ini mengandungi campuran nutrien yang diperlukan oleh tanaman dan dilabel sebagai komponen A dan B.
Campuran ini memberi manfaat yang penuh kepada tanaman kerana segala nutrien yang diperlukan lengkap dalam baja ini.
Antara nutrien bagi pertumbuhan dan perkembangan pokok seperti Ferum (Fe), Kuprum (Cu), dan Zink (Zn) juga terdapat dalam campuran baja ini dengan kuantiti yang mencukupi.
Pembuatan
Dalam pembuatan baja ini, komponen A dan B akan diasingkan pada awalnya kerana mempunyai kepekatan yang tinggi.
Sekiranya dicampurkan pada tempoh awal, mendakan putih akan terhasil dan akar pokok tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik. Ia juga boleh menyebabkan saluran fertigasi tersumbat.
Untuk mengatasi masalah diatas, komponen tersebut diasingkan dan dilarutkan dengan air yang banyak.
Namun begitu, terdapat cara lain yang boleh hasilkan baja AB iaitu dalam “bentuk” serbuk.
Jadi, petani boleh bancuh serbuk baja ini sehingga menjadi pati sebelum melarutkannya dalam air mengikut kepekatan yang diperlukan bagi setiap tanaman.
Penggunaan Baja AB
Bagi mendapatkan kesan penggunaan baja yang baik, anda perlu bancuh baja ini secara berasingan seperti komponen A dan B, sukatannya mengikut usia dan jenis tanaman.
Setelah itu, anda boleh menggunakan baja ini secara siraman atau semburan pada tanah, akar, dan bahagian bawah daun tanaman.
Bagi mengelakkan pokok mati kerana penggunaan baja AB yang terlalu pekat, alat seperti EC meter boleh digunakan untuk menyukat kepekatan baja yang dibancuh.
Jenis Tanaman Yang Sesuai Bagi Baja AB
Penting untuk kita tahu jenis tanaman sebelum menggunakan apa-apa jenis baja. Bagi baja AB, jenis tanaman yang sesuai adalah seperti tanaman sayuran berdaun.
Contohnya salad, pak choy dan kobis. Sayuran yang berbuah seperti cili dan tomato juga sesuai menggunakan baja yang sama.
Selain itu, tanaman hidroponik juga sesuai menggunakan baja ini. Hal ini kerana nutrien baja AB yang dilarutkan ke dalam air boleh diserap melalui akar tanaman.
Kelebihan Menggunakan Baja AB
Antara kebaikan penggunaan baja AB adalah:
- Baja ini adalah dalam bentuk cecair yang dicampur dengan nutrient tertentu yang diperlukan oleh tanaman.
Ia juga disukat mengikut usia dan jenis tanaman. Jadi, tiada masalah baja yang berlebihan yang akan dihadapi oleh tanaman anda.
- Mudah menyerap ke dalam tanah dan menggalakkan pertumbuhan tanaman lebih cepat kerana berbentuk cecair.
- Penggunaan baja AB membolehkan kita menggunakannya di mana-mana selain tanah, seperti di bawah daun tanaman.
Juga boleh digunakan di mana-mana bahagian yang ada kadar penyerapan nutrient yang tinggi.
Kesimpulan
Baja AB adalah amat baik sama ada untuk tanaman anda kerana ia mudah diserap, tidak membazir, dan mempunyai sukatan yang tersendiri.
Namun begitu, jika anda ingin membuat baja ini sendiri di rumah, anda perlu pastikan sukatan yang tepat. Jika tidak, tanaman anda akan mengalami kerosakan dan layu.
Selain daripada baja AB, terdapat satu lagi jenis baja yang bagus untuk semua tanaman.
Tidak kiralah anda menanam tanaman sayuran, buah-buahan, mahupun secara fertigasi, baja ini semestinya yang terbaik!
Baja terbaik ini dikenali sebagai PowerGRO; sejenis booster organik tanaman yang sesuai untuk tanaman yang ada di Malaysia.
Antara tanaman yang sesuai menggunakan baja PowerGRO ini ialah:
- Pokok durian
- Sawit
- Padi
Banyak kelebihan yang ada jika anda menggunakan baja organik PowerGRO ini, antaranya adalah:
- Membaiki komposisi tanah.
- Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat.
- Mengelakkan tanaman anda dari terkena serangan penyakit.
- Menggalakkan hasil buah, bunga dan sayuran yang lebat dan lumayan.
- Proses pendebungaan yang lebih baik.
Jika anda berminat dengan baja PowerGRO, anda boleh dapatkannya di pautan di bawah ini sekarang!