Cara Buat Campuran Tanah Untuk Tanaman Anda

Membuat campuran tanah untuk tanaman dengan cara yang betul sangat penting supaya tanaman anda tumbuh subur dan sihat.

Ini kerana, campuran yang bagus akan dapat memegang air dan nutrisi tumbuhan dengan bagus, tidak mudah bertakung serta dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk tumbuhan anda.

Namun begitu, masih ramai pekebun yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat campuran tanah dengan cara yang betul.

Oleh itu, di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang jenis-jenis tanah, cara membuat campuran tanah untuk tanaman serta cara menyesuaikan campuran mengikut jenis tanaman anda.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!

 

Kenali 6 Jenis Tanah Di Malaysia


Sebelum anda mula membuat campuran tanah untuk tanaman anda, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu jenis-jenis tanah yang ada di Malaysia.

Tanah Liat

\"campuran

Tanah liat ini merupakan tanah padat yang melekit apabila basah dan keras ketika kering kerana ia mempunyai partikel yang kecil dan rapat antara satu sama lain.

Tanah ini sukar menerima air serta kurang udara dalamnya kerana partikelnya yang sangat kecil dan rapat, menyebabkan akar sukar untuk bergerak dalam tanah liat ini.

Walaupun digembur beberapa kali, tanah ini akan kembali mengeras apabila terkena air hujan dan siraman air. Tanah ini biasanya berwarna kuning kemerahan.

Tanah Gambut

Kebiasanya berwarna hitam atau perang, tanah gambut ini mempunyai kandungan air yang banyak di dalamnya serta bahan-bahan organik.

Tanah gambut ini terbentuk akibat perebutan tumbuhan, bahan mineral, dan bahan lain yang tertimbus di dalamnya sekali.

Tanah ini mempunyai banyak air di dalamnya apabila hujan dan akan menjadi kering apabila musim kemarau.

Tanah gambut di Malaysia dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah, seperti tanah berasid sulfat dan tanah bris.

Tanah Pasir

\"campuran

Berbanding tanah liat, tanah pasir mempunyai partikel yang lebih besar dan longgar antara satu sama lain. Ia bersifat kering serta mudah berderai.

Tanah pasir ini juga tidak berapa menyerap air kerana ia cepat kering dan juga disebabkan partikelnya yang lebih besar.

Apabila menyiram pada tanah pasir ini, air akan mengalir cepat dan mengakibatkan benih atau akar tumbuhan untuk tidak mendapat air secukupnya.

Seperti air, nutrisi juga tidak akan dipegang lama dalam tanah pasir ini kerana ia juga akan mudah mengalir. Apabila terkena matahari, tanah pasir akan menjadi panas.

Tanah Keranji

Tanah keranji, atau dikenali sebagai tanah saline bersifat bergaram dan kering serta akan menyebabkan masalah pada tumbuhan jika ditanam dalam tanah ini.

Tanah Endapan

Tanah endapan, atau dikenali sebagai silty, mempunyai partikel yang lebih kecil berbanding tanah pasir. Apabila disentuh, ia sangat halus dan lembut. Ia juga sejuk dan kering.

Tanah ini akan licin berbusa apabila lembap dan akan cepat jatuh jika digosok antara dua tangan anda.

Walaupun ia boleh menyerap air, nutrisi akan cepat hilang dalam tanah endapan ini. Tanah ini bersifat mampat dan pengudaraannya juga bermasalah.

Tanah Loam

\"tanah

Tanah yang paling sesuai untuk kerja-kerja pertanian adalah tanah loam ini yang sangat disukai oleh para pekebun.

Tanah ini mempunyai kandungan yang hampir sama dengan endapan, tanah lampung dan pasir serta humus, kira-kira 40% endapan, 40% pasir dan 20% tanah liat.

Tanah berwarna hitam dan gembur ini mempunyai nilai pH yang tinggi serta kaya dengan kalsium. Ia sangat lembut dan akan rapuh di dalam tangan.

Walaupun ia menyerap air dengan baik, tanah loam ini juga akan cepat kering. Daya pengudaraannya juga baik dan bebas bergerak di antara partikel tanah ke akar tumbuhan anda.

Walaupun tanah ini merupakan tanah yang paling sesuai untuk tanaman anda, ini tidak bermakna tanah yang lain tidak sesuai.

 

Cara Buat Campuran Tanah Untuk Tanaman


Bagi mendapatkan campuran tanah untuk tanaman anda yang bagus, anda perlu mengikut beberapa nisbah campuran tanah seperti di bawah:

Nisbah Tanah 3:2:1

\"nisbah

Ramai pekebun nurseri mengikut formula 3:2:1 ini untuk tanaman jenis pasu. Nisbah ini dimulakan dengan tanah atas, bahan organik dan akhir sekali pasir.

Ini bermaksud 3 tanah pasir, 2 bahan organik dan 1 pasir. Nisbah ini sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur, bunga dan buah.

Nisbah Tanah 2:1:1

Nisbah tanah 2:1:1 ini biasanya digunakan untuk tanaman sayur. Ia dimulakan dengan tanah atas, kompos, dan sabut kelapa halus.

Ini bermaksud 2 tanah atas, 1 kompos dan 1 sabut kelapa halus. Nisbah ini boleh memberikan nutrisi yang banyak serta penyerapan air yang bagus pada tanaman anda.

Nisbah Tanah 1:1:1

\"campuran

Nisbah tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman jenis semaian. Campuran ini boleh digunakan untuk menyemai benih sayur terlebih dahulu sebelum ia dipindahkan ke pasu yang lebih besar atau ke atas batas.

 

Cara Menyesuaikan Campuran Tanah Mengikut Tanaman


\"campuran

Walaupun terdapat tanah campuran yang dijual di pasaran yang dapat memudahkan kerja, membuat campuran tanah untuk tanaman sendiri juga agak menyeronokkan dan memuaskan hati.

Salah satu cara untuk mendapatkan campuran tanah untuk tanaman anda yang paling sesuai adalah bereksperimen dengan nisbah dan jenis tanah dan memerhati kesannya pada tumbuhan anda.

Selain itu, anda juga boleh memerhati kadar pengaliran air dalam campuran tanah yang berbeza-beza dan pilih campuran yang mempunyai kadar pengaliran terbaik.

Campuran tanah untuk tanaman yang paling asas adalah tanah hitam, tanah bakar dan kompos. Jika tanaman anda suka air, anda boleh banyakkan tanah hitam.

Manakala jika tanaman anda tidak suka air yang banyak, anda boleh banyakkan tanah bakar.

Menambah kompos dan biochar dapat memastikan kitaran nutrisi dalam tanah anda berterusan.

Di samping itu, anda juga boleh menyelitkan medium-medium lain selain daripada tanah seperti Leca ball dan Sphagnum moss untuk memastikan struktur tanah anda tidak akan menjadi padat.

Perlite, pumice atau zeolite yang dicampurkan juga dapat memastikan tanah anda boleh simpan dan bekalkan sumber air yang cukup pada tanaman anda.

Penggunaan medium alternatif dalam campuran tanah anda hanyalah untuk membantu tanah anda, terutamanya jika tanaman anda dalam bekas yang mempunyai kadar simpanan air terhad.

Campuran tanah untuk tanaman yang bagus semestinya mempunyai pengudaraan, sistem pengaliran air serta kitaran nutrisi yang bagus.

Jadi, anda boleh gunakan mana-mana campuran, asalkan ia sesuai dengan kehendak tanaman anda serta mempunyai pengudaraan, sistem pengaliran air serta kitaran nutrisi yang bagus.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara membuat campuran tanah untuk tanaman yang anda boleh ikuti untuk memastikan tanaman anda dapat tumbuh dengan subur.

Jika anda sedang mencari pembekal baja dan konsultasi tanaman professional, Teknoganik Hijau adalah pilihan yang terbaik!

\"campuran

Teknoganik Hijau ialah sebuah syarikat yang menggabungkan teknologi dan bahan organik yang mesra alam dan selamat. 

Dengan penghasilan produk yang inovatif, kami berusaha membantu para petani menghadapi cabaran dalam bidang pertanian, memantapkan prestasi tanaman, disamping meningkatkan mutu pertanian negara.

Antara servis yang ditawarkan untuk pelanggan kami adalah: 

  • Khidmat penanaman Sacha Inchi

Projek ini adalah hasil kerjasama bersama ladang Universiti Kolej Agrosains Malaysia, UCAM.

Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan SOP menyeluruh untuk tanaman Sacha Inchi, bermula daripada pembenihan hingga ke pengeluaran hasil.

  • Konsultasi Tanaman Durian

Dengan penglibatan secara langsung dalam bidang pertanian, menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi serba dalam mendapatkan kaedah yang terbaik dan sesuai untuk tanaman.

  • Menghasil dan Membekal Baja

Menggunakan formulasi organik dan teknologi mikrob, kami menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dalam penghasilan produk.


INGIN TAHU LEBIH, HUBUNGI TEKNOGANIK UNTUK SEBARANG KONSULTASI DI SINI!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *