Kenaikan suhu di Malaysia bukan sahaja meninggalkan kesan kepada manusia. Malah, ia juga memberi impak kepada tanaman seperti musim melawas sawit.
Jika kita meneliti takrif lawas, ia merupakan proses pemulihan dalaman pokok sawit.
Tetapi, apakah punca ia terjadi?
Musim melawas sawit ini berpunca daripada dua faktor utama iaitu cuaca dan pengurusan yang dikendalikan oleh petani.
Disebabkan cuaca di Malaysia sekarang yang semakin tidak menentu; adakala panas berpanjangan, jadi, kami akan kongsikan beberapa perkara penting dalam artikel ini seperti:
- Penjelasan yang lebih mendalam mengenai faktor melawas sawit.
- Cara untuk atasi masalah ini.
Jadi, jom baca artikel ini untuk mengetahui melawas sawit dengan lebih lanjut!
Melawas Sawit: Apa Yang Terjadi?
Faktor Cuaca
Seperti yang dinyatakan pada bahagian pengenalan, pelawasan sawit terjadi disebabkan dua faktor; cuaca dan pengurusan.
Faktor cuaca seperti panas atau hujan berpanjangan dan juga jerebu boleh mempengaruhi tumbesaran dan hasil sawit.
Buat pengetahuan anda, tanaman kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan yang beriklim panas dan lembap seperti di Malaysia.
Meskipun begitu, penanaman dan kesegarannya adalah berpandukan 3 “komponen” di bawah ini:
- Kawasan yang mempunyai taburan hujan sebanyak 2000mm atau lebih pada sepanjang tahun.
- Suhu sekitarnya di antara 29℃ sehingga 30℃.
- Kawasan penanaman yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi. Tanaman sawit memerlukan cahaya ini sekurang-kurangnya 5 jam dalam sehari.
Namun, apa yang terjadi sekarang adalah perubahan iklim dan cuaca di Malaysia. Ia menyebabkan perubahan corak kekerapan hujan yang boleh merencatkan pertumbuhan tanaman sawit.
Sebagai contoh, kejadian semula jadi El Nino akan mempengaruhi tempoh banjir dan kemarau.
Apabila fenomena ini terjadi, jumlah air akan berkurangan dan kenaikan suhu (walaupun hanya 1℃) akan menjejaskan penghasilan buah-buahan sawit sehingga berbulan lamanya.
Untuk memudahkan lagi, kami turut menyediakan jadual dan penerangan melawas sawit yang berpunca daripada faktor cuaca.
No. | Masalah | Penerangan |
1. | Jumlah air dan nutrisi yang tidak mencukupi |
Penghasilan klorofil, nitrogen, fosforus, dan air yang berkurangan dalam daun. Ini akan menyebabkan tanaman sawit tampak tidak “sihat” dan segar. |
2. | Tempoh musim panas atau kemarau yang panjang | Hasil buah yang tidak menentu. Ia boleh menjurus kepada penurunan penghasilan tandan buah. |
3. | Cahaya matahari yang kurang |
Penghasilan bunga betina berkurangan. Bunga betina adalah amat penting untuk memastikan proses pendebungaan boleh terjadi. |
4. | Kekurangan air dan peningkatan suhu | Purata hasil sawit akan berkurangan. |
5. | Suhu di kawasan penanaman yang kurang | Purata hasil sawit akan berkurangan |
b) Faktor Pengurusan
Pernahkah anda terlihat kawasan penanaman sawit yang kecil dan bilangan tanaman yang sedikit?
Tidak, kan?
Hal ini disebabkan penanaman sawit merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya ia ditanam dalam skala yang besar.
Tetapi, apabila penanaman sawit ini dijalankan atas kawasan yang luas dan bilangan yang banyak, akan timbul satu masalah iaitu pengendalian pengurusannya.
Pengurusan sawit bukan hanya melibatkan pemberian baja.
Pemberian baja tidak mampu untuk menghasilkan buah sawit yang segar dan sihat sepanjang tahun.
Pengurusan (atau dalam dunia pertanian, ia disebut sebagai penyelenggaraan) sawit termasuklah:
- Jarak penanaman sawit yang betul dan mempunyai ruang yang mencukupi.
- Aktiviti pembajaan yang dilakukan ke atas pokok sawit mengikut tahun kematangannya.
Untuk ketahui jumlah baja yang bersesuaian dengan tahun kematangan, anda boleh baca di sini.
- Jadual pembajaan mengikut tahun kematangannya.
- Kawalan rumpai di sekeliling kawasan penanaman dan antara pokok sawit.
- Aktiviti pemangkasan agar kerja-kerja merumput dan pembajaan dapat dijalankan dengan lebih mudah.
Namun, aktiviti ini perlu dilakukan mengikut tahun kematangan pokok sawit tersebut.
- Kawalan penyakit dan makhluk perosak untuk memastikan kesihatan dan penghasilan buah yang segar dan berganda.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pengurusan tanaman sawit di atas, anda boleh lawati artikel ini.
Apa Perlu Buat Ketika Musim Melawas Sawit?
Pada bahagian ini, kami akan kongsikan beberapa cara yang anda perlu lakukan ketika terjadinya musim melawas sawit.
Antaranya ialah:
Elakkan “Trim” Sawit Secara Kerap!
Trim di sini bermaksud kerja-kerja pemangkasan pelepah tanaman sawit daripada yang sudah rosak atau kering.
Berikut merupakan sebab-sebab utama sawit perlu dipangkas secara berkala:
- Menggalakkan penghasilan bunga betina bagi tujuan pendebungaan.
- Membantu untuk meningkatkan hasil pengeluaran tandan sawit sepanjang tahun.
- Memastikan bilangan pelepah yang mencukupi agar proses fotosintesis berjalan dengan baik.
- Mengurangkan risiko tandan berbau busuk.
Tetapi, apa akan berlaku sekiranya aktiviti pemangkasan kerap dilakukan?
Pemangkasan yang berlebihan akan mempengaruhi penghasilan bunga jantan yang lebih banyak daripada bunga betina.
Apabila ini terjadi, penghasilan tandan sawit akan semakin berkurang.
Lakukan Kawalan Serangga Perosak
Serangga seperti kumbang dan ulat boleh menyebabkan penghasilan sawit yang kurang berkualiti.
Lebih-lebih lagi serangga perosak ini akan menyerang daun terlebih dahulu.
Seperti yang kita tahu, tumbuhan yang berdaun hijau menghasilkan tenaga melalui penyerapan cahaya matahari (fotosintesis).
Jadi, apabila daun semakin berkurangan, maka penghasilan buah dan kualitinya juga akan merosot.
Tidak Perlu Racun Dengan Kerap
Tidak dinafikan penggunaan racun penting untuk memastikan kesihatan tanaman sawit terjaga.
Namun begitu, meracun dengan kerap akan merosakkan struktur dan kekuatan akar tanaman tersebut.
Ini akan menyebabkan kesukaran pada akar tanaman sawit untuk menyerap nutrisi daripada baja.
Gunakan Baja PowerGRO
Disebabkan tanaman sawit memerlukan aktiviti pembajaan berjadual, kami syorkan anda untuk menggunakan baja PowerGRO.
Kandungan baja PowerGRO mempunyai bakteria baik yang mengurangkan stress pokok dan membuat pemulihan pokok secara biologi.
Ini antara faktor menyebabkan tempoh melawas menjadi lebih singkat dan sistem produksi pokok masih berjalan walaupun di dalam proses pemulihan dalaman.
Hal ini kerana baja ini bebas daripada campuran bahan kimia dan sisa haiwan yang boleh menjejaskan kualiti hasil tanaman.
Selain itu, penghasilan baja ini menggunakan kaedah bioteknologi yang boleh berikan banyak manfaat kepada tanaman sawit anda.
Antaranya ialah:
- Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman sehingga 3 kali ganda!
- Memastikan ciri-ciri tanaman anda seperti warna, saiz, dan rasa hasil tanaman berada dalam keadaan yang baik.
- Meningkatkan daya tahan tanaman sawit anda daripada penyakit dan serangan serangga perosak.
Selain itu, penggunaan baja ini juga amat menjimatkan, lebih-lebih petani yang mempunyai kawasan penanaman sawit yang luas.
Cuba bayangkan, anda hanya perlukan campuran 8 liter dan air untuk 5 ekar pokok sawit.
Ini adalah bersamaan dengan 250 batang pokok sawit. Berbaloi, bukan?
Tapi, pastikan anda mengikut sukatan yang betul dan tahap kematangan pokok sawit. Barulah pokok sawit anda tumbuh dengan baik!
Kesimpulannya, melawas sawit bukanlah situasi yang asing dalam kalangan para petani.
Anda hanya perlu tahu faktor dan cara yang betul untuk memastikan tanaman sawit berkualiti, segar, dan sihat.
Untuk itu, anda perlukan baja organik PowerGRO supaya tanaman sawit anda kekal sihat dan menghasilkan buah yang terbaik pada tahun ini!
Klik pada pautan di bawah ini untuk membuat sebarang pembelian baja organik PowerGRO sekarang!
Nak Tanaman Sawit Yang Terbaik dan Hasil Berganda? Dapatkan PowerGRO Sekarang!