Pokok bunga yang senang dijaga dan cantik merupakan pilihan utama bagi individu yang gemar tanam pokok bunga.
Dengan sentuhan keindahan semulajadi yang anda ingin berikan kepada rumah anda, pasti menjadi satu terapi untuk minda.
Tetapi, adakalanya menjaga pokok bunga boleh menjadi cabaran terutama kepada yang baru hendak memulakan hobi ini.
Untuk membantu anda, kami telah menyusun senarai 10 pokok bunga yang senang dijaga serta tips penjagaan pokok bunga tersebut.
Ikuti panduan dan tips untuk pokok bunga yang senang dijaga ini agar taman anda terpancar dengan warna dan kecantikan sepanjang tahun.
Pokok Bunga Yang Senang Dijaga
1. Pokok Bunga Matahari (Helianthus)
Bunga matahari antara pilihan popular untuk ditanam kerana mudah dijaga.
Ia juga mampu memukau orang dengan bunga besar yang mengikut arah matahari.
Jika anda nak tanam bunga matahari ini, anda hanya perlu tanam di tempat yang mendapat cahaya matahari dan memberikan air secukupnya.
2. Pokok Bunga Petunia
Bunga petunia ini merupakan tumbuhan yang popular kerana keindahan warna-warni yang ceria dan kepelbagaian bentuk.
Pokok bunga ini tumbuh subur dalam pasu atau tanah terbuka dan dalam cuaca panas.
Pokok hanya perlukan cahaya matahari yang mencukupi, penyiraman yang betul dan pemangkasan berkala untuk hidup.
3. Pokok Bunga Orkid
Bunga orkid adalah salah satu jenis pokok bunga yang popular dan menarik di Malaysia.
Namun, sering dianggap sebagai tanaman yang rumit dan sukar dijaga.
Tidaklah sesusah mana sekiranya anda memberikan perhatian kepada keperluan asas pokok bunga orkid ini.
Contohnya, mendapat cahaya matahari yang terang tapi tidak terik dan penyiraman yang sederhana.
4. Pokok Bunga Daisy
Pokok bunga Daisy mempunyai daya tarik yang klasik dan menyegarkan kerana cantik, sentiasa berbunga, mudah membiak.
Pokok bunga daisy berkelopak banyak dan mempunyai warna seperti putih, merah jambu dan ungu.
Bunga daisy ini juga tumbuh dengan baik dalam cahaya matahari separa dan tanah yang drenase.
5. Kaktus
Pokok kaktus merupakan tumbuhan yang unik dan menarik dengan adaptasi khas kepada persekitaran kering.
Sekarang ini, makin ramai yang suka menanam dan menjaga pokok kaktus ini kerana keunikannya.
Nak jaga kaktus senang je, letak di tempat yang kena cahaya matahari dan siram apabila diperlukan.
Andainya bertuah, anda akan dapat melihat pokok kaktus mengeluarkan bunga kerana kaktus jarang berbunga.
6. Bougainvillea (Pokok Bunga Kertas)
Pokok bunga kertas ialah pokok bunga yang sering ditanam di mana-mana tempat.
Bougainvillea sentiasa berkembang sepanjang tahun dan mempunyai bunga yang berwarna-warni dan menarik.
Oleh itu, pemangkasan pokok bunga kertas digalakkan bagi membantu pertumbuhan bunga.
7. Pokok Peace Lily
Pokok Peace Lily, juga dikenali sebagai Spathiphyllum, tumbuhan yang boleh ditanam di dalam dan di luar rumah!
Anda hanya perlu pastikan tanah sentiasa lembab dan tidak perlu disiram selalu.
Pokok Peace Lily ini perlu diletakkan di tempat yang teduh dengan pencahayaan minimum.
Penggemar pokok bunga ini bertuah kerana pokok bunga ini memberi manfaat estetika dan kesihatan dengan penyaringan udaranya yang semulajadi.
8. Bunga Kekwa
Plumeria atau pokok bunga kekwa adalah tumbuhan yang indah dan menarik, serta cukup mudah untuk dijaga.
Pokok bunga kekwa mempunyai bunga yang besar, berwarna-warni dan harum. Daunnya pula berbentuk panjang dan teratur di atas batang.
Dalam kajian Nasa, pokok bunga kekwa boleh mebersihkan udara kerana mampu menyikngkirkan ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.
9. Bunga Cempaka Telur
Bunga cempaka telur atau nama saintifiknya Michelia Pumila mempunyai bunga yang berbentuk bulat seperti telur.
Pokok bunga ini juga mempunyai batang berkayu yang dapat dibiakkan secara keratan batang dan melalui biji benih.
Bauan yang dikeluarkan daripada pokok bunga ini juga amat wangi terutama pada waktu malam.
Tetapi anda jangan risau jika terbau wangian pada waktu malam kerana bunga cempaka telur ini memang terkenal dengan keharumannya yang unik.
Bagi yang ingin menanam pokok bunga ini, penjagaannya tidak sukar kerana mereka tumbuh subur dalam keadaan yang panas dan lembap.
Tips Menjaga Pokok Bunga Agar Tetap Cantik dan Berkembang
Jika anda menginginkan pokok bunga anda berkembang dengan subur dan menarik, di sini kami selitkan beberapa tips penting yang boleh anda ikuti.
1. Pemilihan Lokasi yang Betul
Setiap jenis pokok bunga mempunyai keperluan cahaya matahari yang berbeza.
Untuk anda yang baru nak belajar menanam pokok bunga, pastikan anda memahami sama ada pokok memerlukan cahaya matahari sepenuhnya atau cahaya lembut.
Dengan itu, anda boleh menghias tanaman di halaman dan letakkan pokok tersebut di tempat yang sesuai dengan keperluan cahaya mereka.
2. Pemilihan Tanah yang Berkualiti
Sebelum anda mencampur tanah, baja dan pasir untuk penanaman pokok bunga, anda harus memastikan campuran tanah yang digunakan adalah sesuai mengikut jenis pokok bunga.
Nisbah terbaik bagi tanah campuran adalah 3:2:1 yang merujuk kepada penggunaan tanah atas diikuti bahan organik seperti baja dan akhir sekali, pasir.
Namun, anda harus memastikan tanah tersebut mempunyai sifat saliran yang baik untuk mengelakkan masalah akar berlebihan.
3. Penyiraman yang Betul
Penyiraman yang betul bagi sebatang pokok sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga lima liter air bagi satu proses siraman.
Elakkan daripada menyiram secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan akar pokok.
4. Baja Yang Sesuai
Seperti pemilihan tanah di atas, pemilihan baja yang sesuai juga amat penting mengikut jenis pokok bunga anda.
Ini kerana, setiap pokok bunga mungkin memerlukan keperluan nutrien yang berbeza.
5. Kawalan Serangga dan Penyakit
Mengendalikan serangga merupakan aspek penting dalam menjaga kesihatan pokok bunga anda.
Perhatikan tanda-tanda serangga perosak dan penyakit pada pokok anda dan ambil tindakan pantas agar keadaan pokok bunga tidak menjadi teruk.
Tanda-tanda pokok anda ada serangga perosak dan penyakit adalah;
- Daun-daun berlubang
- Bintik hitam pada daun
- Daun layu yang tidak normal
Kesimpulannya, menguruskan pokok bunga yang senang dijaga adalah satu pengalaman yang memuaskan dan memperindahkan persekitaran rumah.
Dengan memilih jenis pokok yang sesuai dan mengamalkan langkah-langkah penjagaan yang betul, anda turut boleh menikmati keindahan taman atau dalaman yang bermekaran sepanjang tahun.
Jika anda sedang mencari pembekal baja organik dan konsultasi tanaman professional, Teknoganik Hijau adalah pilihan yang terbaik!
Teknoganik Hijau ialah sebuah syarikat yang menggabungkan teknologi dan bahan organik yang mesra alam dan selamat.
Dengan penghasilan produk yang inovatif, kami berusaha membantu para petani menghadapi cabaran dalam bidang pertanian, memantapkan prestasi tanaman, disamping meningkatkan mutu pertanian negara.
Antara servis yang ditawarkan untuk pelanggan kami adalah:
- Khidmat penanaman Sacha Inchi
- Konsultasi Tanaman Durian
- Menghasil dan Membekal Baja