Tanpa baja, tidaklah subur pokok-pokok bunga, buah-buahan dan sayuran.
Namun, pemilihan dan penggunaan baja yang sesuai antara kunci kejayaan hasil tanaman.
Dua jenis baja yang sering menjadi pilihan adalah baja NPK dan baja foliar.
Apa sebenarnya perbezaan antara keduanya? Mari kami ceritakan secara ringkas dalam artikel ini.
Apa Itu Baja NPK
Untuk satu pokok membesar dengan baik, pokok perlu ada NPK.
Maksud NPK pada baja merujuk kepada tiga nutrien utama bagi tanaman, iaitu Nitrogen (N), Phosphorus (P), dan Kalium (K).
Nombor disebelah yang biasanya tertera tiga nombor merujuk kepada peratusan kandungan setiap bahan dalam sebatian baja.
Sebagai contoh, NPK 12-12-17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Phosphorus 12%, dan Kalium 17%.
Nitrogen adalah untuk daun dan sangat penting sewaktu awal tumbesaran pokok serta menambah klorofil untuk proses fotosintesis (pokok membuat makanan).
Apabila klorofil kuat, pokok dapat membuat proses fotosintesis dengan lebih berjaya.
Seterusnya makanan menjadi lebih banyak. Maka, pokok akan menjadi lebih besar dan daun pula lebih menghijau.
Phosphorus pula untuk menguatkan akar pokok.
Pokok yang sihat dan daun hijau tetapi batangnya lembik menandakan akar tidak kuat.
Akhir sekali, Kalium yang penting untuk pembungaan dan pembesaran buah.
Kegunaan Baja NPK:
- Membekalkan nutrisi asas yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman secara keseluruhan.
- Merangsang pertumbuhan daun, akar, dan bunga dengan seimbang.
Apa Itu Baja Foliar
Baja foliar adalah baja cecair atau jenis semburan. Ia terdiri daripada jenis organik dan tidak organik.
Baja foliar bukan pengganti baja tanah atau baja tabur. Tetapi, baja tambahan yang sangat bagus untuk digunakan.
Salah satu kelebihan baja foliar berbanding baja NPK adalah proses penyerapannya yang lebih efisien.
Baja foliar disembur langsung ke daun dan dapat menembus melalui dinding sel tumbuhan melalui stomata dan sel epidermis.
Berbeza dengan baja NPK yang biasanya ditabur atau dimasukkan ke dalam tanah, lalu diserap oleh tanaman melalui akar.
Demikian, pemberian baja foliar merupakan kaedah yang lebih berkesan dalam menyerap nutrien kepada tanaman.
Kegunaan Utama Baja Foliar:
- Nutrisi diserap dengan cepat melalui daun agar tanaman mendapat nutrisi dengan lebih efisien.
- Meningkatkan ketahanan tanaman terhadap penyakit dan serangan perosak.
Kesimpulannya, kedua-dua baja NPK dan baja foliar adalah penting kepada keperluan tanaman anda.
Namun, penting untuk diingat bahawa baja foliar bukan pengganti baja tanah atau baja tabur.
Sebaliknya, ia merupakan baja tambahan yang sangat bagus untuk digunakan sebagai penyokong dalam pertanian dan penanaman.
Baja NPK, lebih kepada memberikan nutrisi asas yang diperlukan oleh tanaman.
Baja foliar pula berperanan sebagai \’vitamin\’ yang dapat meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan tanaman.
Dengan baja foliar, anak pokok cepat membesar, pokok berbuah lebih banyak dan manis, pokok bunga keluar bunga meriah dan tumbuhan hampir mati jadi pulih dan bertunas kembali.
Setelah mengetahui kebaikan dan kegunaan baja foliar, pasti anda ingin mendapatkan baja ini, bukan?
Dapatkan Baja PowerGRO Terbaik Untuk Semua Jenis Tanaman
Di Teknoganik Hijau, kami menawarkan produk PowerGRO. Baja foliar 100% organik dan sesuai untuk semua jenis tanaman.
Produk kami dihasilkan dengan formula terbaik untuk memastikan tanaman mendapat nutrisi yang lengkap.
Dihasilkan melalui penyelidikan teknologi tinggi dari Jepun dan Malaysia, produk ini telah mendapat sambutan hangat daripada petani dan penggiat pertanian di Malaysia.
Ini kerana keberkesanannya yang terbukti dalam membantu pengusaha ladang dan petani mendapat hasil yang terbaik.
Kelebihan Baja PowerGRO:
- Komposisi Biologi Tanah: Membantu memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan kesuburan.
- Serapan Baja Optimum: Setiap pokok dapat menyerap nutrisi dengan lebih efisien.
- Hasil Berganda: Tanaman akan tumbuh lebih subur dan menghasilkan buah atau bunga yang berkualiti tinggi.
- Pertumbuhan Akar dan Tunas: Meningkatkan pertumbuhan akar dan tunas tanaman.
- Ketahanan Terhadap Penyakit: Tanaman lebih tahan terhadap serangan penyakit dan serangga.
Salah satu kelebihan yang paling menarik tentang baja PowerGRO adalah tempoh melihat keberkesanannya.
Dengan penggunaan yang betul, kebanyakan petani melihat perubahan yang positif pada tanaman mereka seawal seminggu.
Kami juga membantu memenuhi keperluan pertanian dan kebun anda dengan pelbagai servis lain yang ditawarkan, seperti:
- Khidmat Konsultasi Tanaman Durian
Durian merupakan salah satu tanaman yang memerlukan penjagaan khusus untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Kami menawarkan khidmat konsultasi khusus untuk tanaman durian, memberikan tips, panduan, dan penyelesaian untuk memastikan pertumbuhan durian anda optimal dan menghasilkan buah berkualiti.
- Khidmat Pembajaan Kebun dan Ladang (Foliar)
Kami juga menawarkan khidmat pembajaan foliar untuk kebun dan ladang anda.
Dengan pengalaman dan kepakaran kami, kami memastikan bahawa setiap tanaman mendapat nutrisi yang cukup dan tepat.
Pembajaan foliar ini memastikan tanaman anda mendapat nutrisi dengan cara yang paling efisien dan cepat, menjadikan pertumbuhan dan hasil tanaman lebih baik.
Berminat untuk mendapatkan baja PowerGRO atau perkhidmatan kami?