5 Jenis Durian Paling Famous di Malaysia

Setiap jenis durian mempunyai aroma yang kuat, rasa dan tekstur berkrim yang tersendiri.

Musim durian pun sedang berlangsung, dengan kepelbagaian durian yang anda, harganya juga bukan main mahalnya mengikut jenis yang anda mahu.

Kami kongsikan kepada anda 5 jenis durian paling famous di Malaysia dan juga beberapa info menarik mengenai tanaman durian.

 

5 Jenis Durian Paling Famous

1. Musang King (D197)

jenis durian

Sumber: Soya Cincau

Musang King atau D197 berada di tangga nombor 1 yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Musang King mudah dikenalpasti melalui isi kuning terang dan corak berbentuk seakan bintang di bahagian bawah.

Dari segi rasa, ia mempunyai rasa yang sangat manis dan sedikit pahit. Teksturnya pula seperti krim kastard yang cair di dalam mulut.

Berbanding jenis durian lain, durian Musang King mempunyai biji yang kecil.

 

2. Durian D24

Durian D24 juga dikenali sebagai durian Sultan, juga menjadi durian tumpuan ramai rakyat Malaysia.

Ia mempunyai isi berwarna kuning pudar dan umumnya lebih kecilnya isinya berbanding Musang King.

Durian D24 dikategorikan dengan rasa yang seimbang, di mana ia menawarkan gabungan manis dan kepahitan yang sempurna.

Tekstur isinya berkrim tetapi lebih pejal berbanding Musang King.

 

3. Durian Udang Merah

 durian

D175, atau Udang Merah, berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.

Namanya berasal daripada warna dagingnya yang kemerahan, yang menyerupai udang.

Jenis ini lebih manis daripada yang lain, dengan kepahitan yang halus dan tekstur yang licin dan berkrim.

Rasanya yang berbeza sering dibandingkan dengan butterscotch atau karamel.

 

4. Durian Kampung

Dengan banyak jenis hibrid durian yang menarik perhatian, ramai orang tetap menikmati durian ini kerana ia paling murah dan mudah didapati.

Pokok tunggal berusia ribuan tahun menghasilkan durian paling unik ini.

Durian kampung asli mempunyai rasa yang tidak konsisten: ia tidak sama sekali pahit atau manis, walaupun isinya padat.

 

5. Durian Duri Hitam

Durian Duri Hitam atau gred D200 ini jenis durian premium yang berasal dari Pulau Pinang.

Seperti namanya, di setiap hujung duri buah ini mempunyai warna hitam.

Durian Duri Hitam ini mempunyai rasa yang manis dan sedikit pahit.

Warna jenis durian ini bergantung kepada usia pokoknya.

Isinya lebih bulat berbanding dan juga mempunyai variasi warna berbeza.

Daripada jingga muda hingga seakan-akan merah jambu atau jingga terang, warna durian ini sangat unik!

Bagaimana Pokok Durian Ditanam

durian

Dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap, kebanyakan pokok durian tumbuh subur di negara ini.

Pokok durian dibiak dengan kaedah tampang iaitu melalui cantuman tunas atau biji.

Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah menyediakan anak pokok di dalam polibeg.

Setelah diletakkan dalam polibeg, ia seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan.

Sebelum ditanam, lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m perlu digali dan dibiarkan selama 2 hingga 4 minggu.

Sebanyak 5 hingga 10 kilogram bahan organik beserta 200g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata.

Disebabkan pokok durian ini boleh tumbuh mencecah sehingga 40 meter tingginya, jarak tanaman sekurang-kurangnya 10 meter diperlukan.

Fakta Menarik Mengenai Pokok Durian

Walau pokok durian digelar sebagai raja segala buah dek duri dan isinya yang lemak manis serta baunya yang kuat, pokok ini sebenarnya sangat sensitif.

Jika diabaikan, pokok durian tidak akan berbuah.

Tambah pula musim kemarau, jika tidak disiram dengan air, pembesaran pokok boleh terganggu kemudian menyukarkan pokok untuk berbuah.

Faktor cahaya matahari mencukupi dan kesuburan tanah juga elemen penting kepada pertumbuhan pokok durian sihat.

Jadi, pada usia di bawah 3 tahun, pokok durian perlu dijaga betul-betul terutamanya durian D24 yang sangat sensitif berbanding jenis durian yang lain.

Selain fakta ini, pokok durian juga tidak terkecuali dari terkena serangan serangga perosak pada usia pokok yang masih tidak matang.

Pada usia ini, selain menitikberatkan faktor-faktor di atas, baja juga salah satu faktor penting untuk menghindarkan masalah pokok tidak berbuah dan rosak.

Cara Pembajaan Pokok Durian yang Betul

Untuk aktiviti pembajaan pokok durian, eloklah sekiranya menggunakan baja organik kompos atau semi-organik pada peringkat awal pertumbuhan.

Pada peringkat pokok berbuah pula, digalakkan untuk mengguna baja buah NPK 12:12:17.

Elak menabur baja di pangkal pokok bagi memudahkan proses pemakanan akar. Tetapi, untuk pokok yang sudah mengeluarkan bunga, tidak perlu ditabur baja.

Penggunaan baja organik adalah lebih baik untuk mengelak dan merawat penyakit pokok durian, kerosakan akibat serangga perosak serta menggalakkan hayat pokok lebih panjang!

Mesti di kalangan pembaca artikel ini ada yang tertarik dengan penanaman pokok durian, sebab itu anda membaca artikel ini sehingga ke bahagian ini, bukan?

Kalau anda tercari baja organik yang berkesan dan mudah, baja organik PowerGRO penyelamat pokok durian anda!

 

Lain dari yang lain, baja organik PowerGRO:

  • Tiada campuran kimia
  • Bebas kandungan tinja haiwan
  • 100% organik

Baja organik PowerGRO sangat membantu pokok durian melalui:

  • Pembaikan komposisi tanah
  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Mengelakkan pokok dari terkena serangan penyakit

 

Boleh Dapatkan Baja Organik PowerGRO Disini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *