PowerGRO; Baja Sawit Terbaik Malaysia!

Facebook
Twitter
LinkedIn

Bagi mereka yang menanam pokok kelapa sawit , sudah pasti anda mencari baja sawit terbaik Malaysia bagi membantu menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi.

Ini kerana, ia tidak mencukupi jika kita sekadar menunggu tanaman tumbuh secara semula jadi. Menggunakan baja sawit boleh memastikan hasil tanaman ditambah baik.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua tentang baja sawit serta di mana anda boleh mencari baja sawit terbaik di Malaysia.

 

Jenis Baja & Keperluan Pokok Sawit


baja sawit terbaik malaysia

Terdapat tiga jenis baja yang anda perlu tahu sebelum mencari baja sawit terbaik di Malaysia.

Jenis-jenis ini adalah baja organik, baja mineral dan baja kimia. Di sini, kami akan menceritakan serba sedikit tentang tiga jenis ini.


1. Baja Organik

Baja jenis ini adalah baja yang dihasilkan tanpa campuran bahan kimia. Ia hanya menggunakan bahan asli seperti pereputan sisa pertanian.

Ini termasuk sisa haiwan dan sisa tanaman. Penguraian baja organik boleh mengambil masa  dalam 3 hingga 8 bulan mengikut kandungannya.

Nama lain hasilnya iaitu kompos. Kompos ini terkenal dengan kegunaanya sebagai pemangkin kesuburan tanaman.

 

2. Baja Mineral

Baja mineral atau baja galian adalah jenis baja yang dihasilkan melalui pemecahan batu. Ini hanya melibatkan batu yang mengandungi nutrien untuk tanaman.

Batu seperti batu kapur adalah batu yang sesuai untuk dijadikan baja galian kerana mengandungi kalsium dan magnesium.

Antara baja galian lain yang terkenal adalah:

  • Egyptian Rock Phosphate (EGP)
  • South America Rock Phosphate (SARP)
  • Christmas Island Rock Phosphate (CIRP)

 

3. Baja Kimia

Jenis baja yang terakhir adalah baja kimia iaitu baja yang dibuat dari bahan yang tidak organik. 

Ia menggunakan campuran bahan kimia untuk menghasilkan baja yang sesuai untuk macam-macam jenis tanaman.

Berbanding dengan jenis baja lain, ia lebih kuat kerana kandungannya lain bagi tiap peringkat pertumbuhan. 

Jika anda salah guna pada peringkat tumbuhan lain, ia boleh merosakkan tanaman anda.

Untuk memudahkan anda, berikut adalah jumlah baja sawit yang disyorkan bagi peringkat-peringkat mengikut MPOB (The Malaysian Palm Oil Board):

  • Peringkat Pra-matang (1-3 tahun) : 

Sebanyak 3.0-6.0 kg baja sawit per pokok per tahun. Kekerapan membaja – 3 kali setahun.

  • Peringkat Matang (4-18 tahun) :     

Sebanyak 9.0-12.0 kg baja sawit per pokok per tahun. Kekerapan membaja – 3 kali setahun.

  • Peringkat Matang Tua (19-22 tahun) : 

Sebanyak 3.0-6.0 kg baja sawit per pokok per tahun. Kekerapan membaja – 3 kali setahun.

  • Peringkat Tua (+ 24 tahun) :            

Baja sawit dihentikan 2 tahun sebelum penanaman semula.

 

Nutrien Penting Untuk Kelapa Sawit


baja sawit terbaik malaysia

Bagi memastikan pokok kelapa sawit membesar dengan sihat, terdapat nutrien yang diperlukan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis nutrien yang diperlukan. Ia seperti berikut:

Makronutrien (Nutrien Utama)

Nutrien utama (keperluan: 4kg setahun per unsur)

N – Nitrogen (Untuk Daun)

P – Phosphorus (Fosfat – Untuk Akar)

K – Kalium  (Potash – Untuk Buah)


Makronutrien Sekunder (Nutrien Sekunder)

Nutrien yang diperlukan yang kuantiti kecil (keperluan: +-100g setahun)

Mg – Magnesium

B – Boron


Mikronutrien (Nutrien Salingan)

Nutrien yang diperlukan yang kuantiti kecil

Zn – Zink

S – Sulfur

 

Elak Ditipu Ketika Beli Baja Sawit


baja sawit terbaik malaysia

Bagi mereka yang baru sahaja bermula untuk menanam, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya tidak ditipu ketika mencari baja sawit terbaik di Malaysia.


1. Harga Terlalu Murah

Pada zaman sekarang, semakin ramai sanggup menipu menjual produk. Salah satu cara ini adalah dengan menawarkan harga yang jauh murah.

Ini menyebabkan ramai sanggup beli tanpa melihat kandungan atau contoh produk kerana hanya memilih mengikut harga.

Dengan ini, ramai mudah terkena scam. Anda dinasihatkan untuk berbanding harga produk supaya dapat tahu julat harga.

 

2. Menggunakan Jenama Ciplak

Terdapat banyak juga jenis baja tiruan dalam pasaran pada masa kini. Mereka akan menggunakan jenama atau reka bentuk sama tetapi harga yang lebih murah.

Jika anda rasa waswas pada sesuatu produk, anda boleh Google jenama tersebut untuk kenal pasti.

 

3. Bau Ammonia

Anda juga boleh kenalpasti jika baja tiruan atau tidak jika ia menghasilkan bau amonia yang kuat.

Baja yang tulen dan selamat tidak akan menghasilkan bau seperti ini. 

Anda boleh meminta sample baja daripada penjual supaya anda boleh pegang dan bau baja tersebut.

Kesimpulannya, anda disarankan untuk mencari baja sawit terbaik di Malaysia supaya proses tanaman anda berjalan dengan lancar.

Gunakan ilmu yang ada untuk memilih baja dan menggunaan tanah yang betul semasa tanam kelapa sawit. 

Anda boleh mencuba baja organik  dari Teknoganik!


baja organik powergro

Ia telah melalui banyak proses untuk memastikan ia adalah baja sawit terbaik di Malaysia.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda dibawa oleh baja sawit terbaik di Malaysia ini:

  • Dapat membaiki komposisi biologi tanah
  • Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
  • Penggunaan baja PowerGRO dapat meningkatkan hasil tanaman berganda-ganda!
  • Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok
  • Tiada campuran kimia
  • Tiada tinja haiwan
  • 100% Organik!

Jika anda mempunyai apa-apa soalan dengan servis kami atau ingin ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik link di bawah.

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.