Racun Serangga Organik Yang Anda Boleh Buat Sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn

Sejak awal bermulanya PKP pada tahun Mac 2020, ramai diantara kita atau kenalan telah menjadi ‘ibu bapa’ pokok yang berjaya. 

Demi mengisi masa lapang dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang telah menjadikan bertanam sebagai satu hobi. Kini semua mampu menjalankan hobi baru ini. 

Malah, turut dikongsikan tips penjagaan pokok, racun serangga yang digunakan, dan kelebihan racun organik dalam tanaman. 

Lebih mengejutkan ramai juga yang berjaya dengan hobi baru mereka ini. Tak lekang sosial media dengan perkembangan ‘anak pokok’ dan sayur-sayuran yang sihat membesar. Kita sebagai kawan turut tumpang gembira. 

Lumrah bercucuk tanam adakalanya menjadi ada pula tidak. Pastinya sangat kecewa apabila pokok cili kita dimakan oleh serangga. 

Pengguna dan petani hari ini wajar mempunyai kesedaran tentang bahaya racun serangga yang mempunyai kesan kepada pengguna. Terdapat banyak cara buat baja organik yang boleh dijadikan contoh.

Dan sebagai alternatif, gunakan racun serangga organik.

Apa Maksud Racun Serangga Organik? 

cara buat baja organik

Racun serangga organik adalah racun perosak yang dibuat secara organik tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

Tidak dapat dinafikan harga racun serangga organik lebih mahal berbanding racun serangga biasa. Ini adalah kerana proses pembuatannya banyak berbeza dengan racun biasa.

Tetapi ada berita baik untuk anda semua! Kini anda juga boleh membuat racun serangga organik sendiri do-it-yourself (DIY)  untuk menghalau serangga.  

Banyak resipi yang pengguna internet atau lebih dikenali sebagai ‘netizen’ telah kongsikan. Senang sangat! Anda pun boleh buat sendiri dirumah. 

Nak tahu bagaimana ada boleh membuat racun serangga organik? 

Teruskan membaca lagi kerana kami akan kongsikan kaedah atau ‘resipi-resipi’ menarik ini.

Kaedah Racun Serangga Organik (No.1)

racun serangga

Berikut adalah ramuan-ramuan yang anda perlukan:

Bahan A

– 5 ulas bawang putih

– 6 biji cili api

– 1 ulas halia

– 300 ml air

Bahan B

– Satu sudu minyak masak

– Satu sudu cecair pencuci pinggan

  1. Masukkan semua Bahan A ke satu mengisar. Kisar hingga halus dan ambil patinya sebelum dibuang. 
  2. Patinya kemudian dicampurkan dengan Bahan B dan kacau hingga sebati. 
  3. Simpan di tempat yang selamat, jauh dari tangan anak-anak dan tinggalkan selama 24 jam. Siap sudah racun organik anda!

Untuk penggunaan, gunakan dengan nisbah 1:4. 1 Bahagian racun serangga ini dan 4 bahagian air sebelum disembur pada tanaman anda. 

Bukan sahaja murah, anda juga boleh menyimpan racun serangga ini selama 6 bulan. Lebih menarik lagi, lebih lama malah lebih tinggi keberkesanannya.

Kaedah Racun Serangga Organik (No.2) 

cara buat baja organik

Kaedah ini lebih mudah berbanding kaedah nombor satu. Anda hanya menggunakan daun semambu dan air. 

Langkah-langkah penyediaan adalah seperti berikut

  1. Campurkan 250 gram daun semambu dengan 1.5 liter air. 
  2. Ramas daun semambu sebelum masukkan ke dalam bekas berisi air berkenaan.
  3. Rendam selama 12 jam sebelum tapis.

Untuk penggunaan pula, anda hanya perlu masukkan air tapisan tersebut dalam bekas penyembur dengan nisbah 1:50. 

Selain itu, anda juga perlu menggunakan kesemuannya kerana air campuran ini tidak boleh disimpan melebihi 24 jam. 

Ianya jelas yang kaedah ini lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai tanaman yang berskala lebih besar dari biasa.

Senang bukan membuat racun serangga anda sendiri? Terdapat banyak cara buat baja organik yang boleh dijadikan contoh.

Walaupun kedua-dua kaedah ini hanya menggunakan kos yang rendah namun ia perlu kerap disembur pada tanaman untuk melihat keberkesanannya. 

Kelebihan Menggunakan Racun Serangga Organik

 

Antara kelebihan menggunakan racun serangga organik pada tanaman anda ialah: 

– Tidak meninggalkan “kesan” 

Penggunaan racun serangga organik tidak meninggalkan “kesan” pada tanaman. 

Hal ini kerana ia mudah diserap ke dalam tanah untuk jangka masa yang pendek. 

Dengan ini, ia tidak akan merosakkan komposisi tanah dan penanaman anda akan lebih terjaga. 

– Mengekalkan mikroganisma yang baik untuk tumbuhan

 

mikroorganisma

Penggunaan racun serangga organik membantu untuk mengekalkan mikroorganisma yang baik pada tumbuhan. 

Mikrorganisma ini termasuklah pollinators bagi tujuan pendebungaan. 

Proses pendebungaan ini adalah amat penting kerana ia membantu untuk meningkatkan hasil tanaman. 

Namun begitu, penggunaan racun serangga organik mempunyai tahap yang tersendiri. 

Sebagai contoh, anda perlu menggunakan jumlah racun serangga organik yang lebih banyak pada serangga matang berbanding yang masih kecil. 

Ini disebabkan kesan penggunaannya adalah berbeza mengikut saiz dan tahap imuniti serangga tersebut. 

Kesimpulannya, penggunaan racun serangga organik adalah lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu bersusah-payah untuk membeli bahan-bahan yang sukar untuk didapati. 

Dalam pada itu, ia tidak akan merosakkan pertumbuhan tanaman anda kerana ia bebas daripada kandungan kimia yang berbahaya. 

Selain daripada isu yang disentuh di atas, jika anda hadapi kesukaran mengenai apa-apa aktiviti berkaitan penanaman pokok dan pembajaan, anda boleh dapatkan konsultasi dan perkhidmatan daripada Teknoganik Hijau Sdn. Bhd

Antara perkhidmatan dan konsultasi yang ditawarkan di Teknoganik Hijau Sdn. Bhd. ialah: 

  • Menghasil dan membekalkan baja foliar yang dapat bantu tanaman anda berbuah dan berbunga berganda! 
  • Menyediakan konsultasi penanaman durian.
  • Menyediakan konsultasi penanaman sacha inchi. 
  • Menyediakan khidmat pembajaan di ladang atau kebun.

Jadi, tunggu apa lagi?

Klik link di bawah untuk hubungi mereka sekarang mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.