ganoderma

Penyakit yang sering kali berlaku pada pokok kelapa sawit ialah Ganoderma. Ganoderma ialah penyakit kulat yang berjangkit dan mereputkan batang, akar atau pangkal pokok sawit. 

Ia turut dikenali sebagai pokok akar putih yang disebabkan oleh warna hypha kulat. Penyakit ini umpama barah pada pokok sawit kerana mampu merosakkan keseluruhan pokok kelapa sawit.

Bahaya penyakit Ganoderma:

  • Punca kehilangan pokok-pokok sawit
  • Penurunan hasil buah sawit
  • Bahaya pokok sawit tumbang, terutama ketika berlaku angin kencang dan ribut

 

Punca Ganoderma Menyerang Sawit

 

Penyakit reput pangkal batang disebabkan oleh kulat Ganoderma. Sebanyak 15 spesies Ganoderma telah dilaporkan merupakan patogen penyakit RPB.

Antara 15 spesies tersebut, tujuh spesies dilaporkan ada di Semenanjung Malaysia, iaitu G.applanatum, G. boninense, G. chalceum, G. lucidum, G. miniatocinctum, G.pseudoferreum dan G. tornatum. 

  1. boninense merupakan spesies utama yang menyebabkan penyakit RPB pada pokok-pokok kelapa sawit di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.

 

Cara Penyebaran Ganoderma Sawit

ganoderma

Penyakit ini berjangkit melalui:

  1. Melalui sentuhan dengan tisu berpenyakit
  2. Melalui pertumbuhan spora (cendawan)

Ganoderma ialah parasit fakultatif yang menjadikan pangkal dan batang pokok yang mereput yang menjadi sumber makanannya. Jangkitan dan penyebaran Ganoderma berlaku melalui persentuhan akar dan mematikan sistem saluran air dan nutrin pokok. 

Kejadian penyakit bermula apabila terdapat sentuhan antara akar pokok yang sihat dengan tisu akar atau batang pokok asal yang telah dijangkiti kulat Ganoderma yang dibiarkan mereput di ladang. 

Kulat Ganoderma akan menjangkiti dan tumbuh ke dalam akar sehingga jangkitan sepanjang akar sampai ke pangkal batang pokok kelapa sawit.

Melalui persentuhan akar pokok sihat dengan pokok terjangkit, jangkitan akan terbentuk di dalam ladang, kemudiannya tapak-tapak jangkitan ini akan membentuk tompokan penyakit yang besar.

Antara simptom-simptom Ganoderma menjangkiti pokok:

  1. Dauh bawah berjuntai seperti skirt.
  2. Pucuk mempunyai jumlah berganda terutamanya pada musim hujan iaitu lebih daripada 3 pokok.
  3. Batang pokok reput dan berlubang.
  4. Cendawan kulat Ganoderma boleh dilihat di batang pokok.
  5. Daun berwarna hijau muda atau kekuningan dan mempunyai pucuk berganda iaitu lebih dari 3 pucuk ketika musim hujan.
  6. Kawasan batang berwarna perang gelap.

 

Tindakan susulan bergantung kepada status ganoderma pokok:

 

Tahap Teruk (sudah tumbang)

Pokok tumbang tidak boleh diselamatkan lagi. Untuk elakkan daripada ia menjangkiti pokok lain, anda wajib korek dan jemur akarnya.

Tahap teruk (tanda sakit teruk)

Pokok akan tunjuk tanda stress seperti pucuk daun (spear) yang banyak keluar tetapi tidak buka.

 

Cara Pengurusan Penyakit Ganoderma

 

ganoderma2 Cara Pengurusan Untuk Pokok Dijangkiti 

 

Timbus Tanah 

  • Jika bahagian yang dijangkiti tidak dalam dan teruk, anda mesti buang tisu-tisu yang dijangkiti.
  • Tuang dan timbus tanah disekeliling pokok dengan ketinggian 1 meter dari tanah.
  • Ini dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan akar baru dan menguatkan pangkal pokok.
  • Kutip dan Musnahkan Cendawan Kulat Ganoderma
  • Kutip dan musnahkan cendawan dengan rendamkan ia di dalam air bagi kurangkan kemungkinan ia merebak ke kawasan lain.
  • Tandakan juga pokok yang dikenali menjangkiti Ganoderma dengan cat merah.

 

3 Cara Pengurusan Untuk Pokok Dijangkiti Yang Mati

 

pokok dijangkiti

Korek dan Buang/Jemur

  • Anda perlu korek pangkal pokok yang dijangkiti dan cincang pangkal dan batang pokok. 
  • Korek tanah dan tunggul pokok tua seluas 2 m panjang X 2 m lebar X 1.5 m dalam.
  • Sebarkan tisu-tisu berpenyakit dan tanah yang dikorek. Jangan timbus. 

Tanam Asing dari Punca Pokok Berpenyakit

  • Tanam pokok sawit baru di tempat yang baru dan jauh dari tempat yang dijangkiti.
  • Jangan tanam di kawasan sawit yang belum ditumbang dan berpenyakit.

Korek Parit Pengasingan 

  • Anda akan menggunakan tanah gambut sahaja. 
  • Parit pengasingan dikorek untuk mengasingkan pokok sawit yang penyakit dan pokok yang sihat.
  • Korek parit dikeliling pokok berpenyakit seluas 4 m X  4m dengan kelebaran 30cm dan kedalaman 1 meter.

Semoga dengan mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kulat ganoderma dapat membantu petani bagi membendung sebarang permasalah yang berlaku.

Cara pengurusan ganoderma yang kongsikan diharapkan  mampu menguruskan kelapa sawit yang dijangkiti bagi mengelakkan sebarang kerugian dan mendapatkan pulangan yang lumayan.

Untuk itu, anda perlukan baja organik PowerGRO supaya tanaman sawit anda kekal sihat dan menghasilkan buah yang terbaik pada tahun ini!

baja organik powergro

Kebaikan menggunakan baja PowerGRO:

  • Dapat membaiki komposisi biologi tanah
  • Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
  • Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok.

Klik pada pautan di bawah ini untuk membuat sebarang pembelian baja organik PowerGRO sekarang! 

Leave A Comment