Jenis Baja Organik: Jangan Keliru

Facebook
Twitter
LinkedIn

Disebabkan perkebunan secara organik semakin popular, baja organik merupakan pilihan ramai pekebun di luar sana. Terdapat pelbagai jenis baja organik yang boleh didapati di pasaran.

Berkebun secara organik memerlukan baja organik untuk memastikan tanah baja yang penuh nutrisi dan serangga bermanfaat bagi menghasilkan tumbuhan yang berkualiti.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu baja organik, jenis baja organik serta kelebihan menggunakannya.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apa Itu Baja Organik?

sawah padi

Baja organik mengandungi bahan berasaskan tumbuhan atau haiwan, sama ada hasil sampingan atau produk akhir proses yang berlaku secara semula jadi.

Bahan yang paling biasa digunakan dalam baja organik adalah seperti najis haiwan dan bahan organik kompos yang sangat kaya dengan mineral dan nutrien penting untuk tumbuh-tumbuhan.

Penggunaan baja organik juga dapat mengurangkan keperluan penggunaan baja sintetik secara berulang bagi mengekalkan kesuburan tanah.

Nutrien akan dilepaskan secara beransur-ansur ke dalam larutan tanah dan ini akan mengekalkan keseimbangan nutrien untuk pertumbuhan tanam-tanaman yang sihat.

Jenis Baja Organik

  • Rumpai Laut

rumpai laut

Rumpai laut adalah sumber zink dan besi yang sangat baik untuk tumbuhan. Ia juga mempunyai lebih daripada 70 jenis sumber mineral dan vitamin yang bagus untuk tanaman anda.

Baja rumpai laut ini akan menjadikan tanaman anda segar. Ia sesuai digunakan bagi tanaman potash tinggi.

  • Alfalfa dan Kacang Soya

Baja alfalfa ini diperbuat daripada biji pokok alfalfa dan sangat bagus bagi tumbuhan yang berbunga. Ia kaya dengan nitrogen, fosforus, dan pH yang neutral.

Baja kacang soya pula adalah bahan tambahan yang berfungsi untuk memastikan tanaman tahan lebih lama semasa penyelenggaraan tanah.

  • Kompos

Jenis baja organik ini adalah bahan organik yang terurai melalui proses pengomposan. Bahan organik yang digunakan adalah seperti sisa sayuran dan tumbuhan, najis haiwan.

Kompos sangat kaya dengan nutrien dan boleh digunakan sebagai pembaikan tanah yang sangat efektif bagi menggalakkan bahan organik di dalam tanah dan kesuburan tanah.

Ia mengandungi nutrisi pertumbuhan yang bagus untuk tumbuh-tumbuhan serta boleh mengekalkan air di dalam tanah untuk masa yang lama.

  • Batu Fosfat

Batu fosfat merupakan batu sedimen yang mengandungi jumlah mineral fosfat yang tinggi. Ia digunakan secara semula jadi untuk seimbangkan tahap fosfat di dalam tanah.

Jenis baja organik ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan keasidan tanah dan menggalakkan pertumbuhan anak benih tumbuhan.

  • Cecair Ikan

ikan

Baja cecair ikan, atau dikenali sebagai fish emulsion, adalah campuran ikan reput yang dikisar halus yang dapat memberikan dos nitrogen yang banyak kepada tanah. 

Ia juga bertindak sebagai perapi tanah. Namun begitu, emulsi ikan ini sangat berasid, dan penggunaan yang berlebihan boleh membakar tumbuhan.

  • Bone Meal

Jenis baja organik bone meal ini merupakan campuran bahan buangan rumah penyembelihan haiwan seperti tulang haiwan dan adalah sumber fosforus dan asid amino yang sangat baik. 

  • Najis Haiwan

najis haiwan

Jenis baja organik ini biasanya diperbuat daripada najis lembu atau najis kambing. 

Najis lembu merupakan sumber nitrogen dan karbon organik yang baik manakala najis kambing kaya dengan nitrogen dan potash.

Kelebihan Menggunakan Baja Organik

  • Struktur Tanah

tanah

Oleh kerana bahan organik yang terdapat dalam baja organik, struktur tanah akan bertambah baik disebabkan oleh keupayaan tanah untuk menahan air serta peningkatan nutrien.

  • Mikrob Berkembang

Baja sintetik biasanya terdiri daripada molekul kimia tanpa karbon dan molekul ini kadangkala tidak boleh diakses oleh mikrob. Oleh itu mereka tidak boleh menghasilkan nutrien untuk tumbuhan.

Sebaliknya, baja organik pula kaya dengan bahan organik yang dapat membantu mikrob berkembang. Baja organik mengandungi karbon, nitrogen, fosforus dan kalium.

Molekul ini akan dimakan oleh mikrob dan membolehkan mereka menyediakan nutrien untuk tumbuhan dalam proses biologi yang berlaku secara semula jadi.

  • Mampan dan Mesra Alam

Larian baja sintetik ke dalam saluran air akan menjejaskan kehidupan marin dan kualiti air. Sebaliknya, baja organik tidak mudah lari kerana ia membantu kuatkan struktur tanah.

Menurut Persatuan Perdagangan Organik, baja organik juga meningkatkan biodiversiti spesies sebanyak 30% berbanding baja sintetik.

  • Kurangkan Penggunaan Baja dan Racun Perosak

jenis baja organik

Walaupun baja organik lebih mahal daripada baja sintetik, ia boleh mengurangkan keperluan untuk racun perosak dan keperluan nitrogen, fosforus dan kalium.

Oleh itu, menggunakan baja organik juga dapat menjimatkan kos kerana ia tidak perlu digunakan  terlalu banyak kali.

  • Ancaman Kerosakan Tumbuhan Dielakkan

Sesetengah baja sintetik boleh menyebabkan kerosakan tumbuhan pada  bahagian daun dan akar. Namun begitu, menggunakan baja organik dapat mengurangkan risiko ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis baja organik dan kelebihan menggunakannya bagi kerja-kerja perkebunan anda.

Jika anda sedang mencari baja organik yang bagus dan berkualiti tinggi, baja PowerGro dari Teknoganik Hijau merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

jenis baja organik

Kami meningkatkan kesihatan tanah dengan membina bahan organik yang kaya dan meningkatkan aktiviti mikrob. Berikan tanaman anda setiap kelebihan yang mungkin semasa menanam!

Kami juga menawarkan beberapa servis untuk pelanggan kami juga:

  • Khidmat penanaman Sacha Inchi

Projek ini adalah hasil kerjasama bersama ladang Universiti Kolej Agrosains Malaysia, UCAM.

Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan SOP menyeluruh untuk tanaman Sacha Inchi, bermula daripada pembenihan hingga ke pengeluaran hasil.

  • Konsultasi Tanaman Durian

Dengan penglibatan secara langsung dalam bidang pertanian, menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi serba dalam mendapatkan kaedah yang terbaik dan sesuai untuk tanaman.

  • Menghasil dan Membekal Baja

Menggunakan formulasi organik dan teknologi mikrob, kami menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dalam penghasilan produk.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui dengan lebih lanjut, layari laman web kami di sini.

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.