5 Jenis Baja Yang Bersesuaian Untuk Berbeza Tanaman

Facebook
Twitter
LinkedIn

Trend menanam pokok memang menjadi kegilaan ramai orang, walaupun bukan semua. Namun, berapa ramai yang benar-benar mengetahui perihal jenis baja? 

Jangan pelik jika minat ini sebenarnya boleh dilakukan di dalam atau di luar rumah. Elok juga kan, selain kita dapat manfaat dari pokok tersebut kita juga ada hobi yang berguna.

Tapikan tak mudah tau nak jaga pokok jika baru menjaganya, sebab banyak pokok yang akan mati jika tidak dijaga dengan elok. Nak tahu cara yang betul?

Jom kita kenal jenis-jenis baja atau dikenali vitamin pokok. Ini kerana bukan manusia sahaja perlu makanan tambahan dan berkhasiat, tumbuhan juga perlu tau!

 

Apa Itu Baja?

Baja adalah bahan tambahan yang mengandungi unsur makanan kepada tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah untuk membantu proses pertumbuhan pokok supaya lebih sihat. 

Pokok ibarat badan manusia. Air dan matahari sahaja tidak mencukupi untuk kekal sihat dan berkualiti. 

Namun, vitamin dan zat yang berkhasiat juga penyumbang terbesar bagi pokok. Bezanya vitamin pokok bukan dalam bentuk makanan atau kapsul seperti kita.

Baja boleh didapati dalam beberapa jenis iaitu serbuk, cecair, ketulan dan butiran. Kesemuanya mempunyai fungsi yang tersendiri dan kelebihan yang berbeza-beza. 

Unsur nitrogen, phosphorus dan kalium dikenali sebagai NPK adalah campuran baja yang biasa, cumanya lain tanaman lain cara  sukatan dan baja tambahan yang lain.

 

5 Jenis Baja

Baja boleh dikelaskan dalam 4 kumpulan yang berbeza dari segi kandungan nutriennya iaitu baja galian, baja organik, baja kimia dan baja organik sintetik. 

Cara pelepasan nutrien dalam setiap baja adalah berbeza mengikut kandungan baja itu tersendiri.

  • Baja Galian

baja galian

Baja galian adalah baja yang dihasilkan melalui pemecahan batuan yang mengandungi nutrien seperti batu kapur yang mengandungi kalsium serta magnesium dan batuan fosfat yang mengandungi fosforus.

Proses penghasilan galian ini adalah disebabkan oleh tindakan luluhawa kimia dan luluhawa fizikal terhadap batuan yang merubah kandungan dan bentuknya.

Selain dari itu, perlombongan batuan juga dilakukan bagi mendapatkan galian dalam bentuk serbuk atau serpihan yang lebih kecil supaya mudah untuk terus digunakan.

Kebanyakkan baja galian mempunyai nutrien tumbuhan yang rendah dan penyerapan ke dalam tanah juga akan lambat, ini kerana batuan ini lambat larut dan memerlukan jumlah air yang banyak untuk membantu proses pelarutan ke dalam tanah.

  • Baja Organik

organik

Baja ini adalah dihasilkan menggunakan bahan asli sahaja tanpa campuran bahan kimia. Ia dihasikan daripada sisa pertanian yang sudah reput yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan. 

Penguraian bahan asli terdiri daripada sisa tanaman dan haiwan mengambil masa lebih kurang dalam tempoh 3 bulan sehingga 8 bulan mengikut tahap kandungan terdapat dalam bahan.

Hasil akhir daripada proses penguraian ini dikenali sebagai kompos, iaitu baja organik yang sudah menjadi akan diambil dan letak pada tanaman untuk meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman.

Jika abu daripada pembakaran pelepah sawit digunakan dalam campuran pembuatan kompos, maka kandungan kalium adalah tinggi.

Manakala, kandungan bahan organik dalam kompos adalah tinggi dan kandungan nutrien bergantung kepada campuran sisa yang digunakan. 

  • Baja Kimia

baja kimia

Baja kimia adalah baja yang dihasilkan daripada campuran bahan kimia dan bukan organik. Sebagai contoh, campuran yang mengandungi asid sulfurik dan gas ammonia dalam pembuatan baja ammonium sulfat.

Melalui tindak balas kimia, bahan tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul dan selepas itu membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. 

Bahan kimia ini mengandungi 2 unsur iaitu sulfur dan nitrogen. Kandungan unsur pemakanan tumbuhan adalah tinggi dalam baja kimia. 

Tambahan pula, penyerapan baja kimia adalah cepat berbanding baja organik dan mineral/galian disebabkan sifat yang mudah larut dan cepat serap ke dalam tanah.

Oleh sebab itu, baja kimia digunakan peringkat awal penanaman dalam tempoh waktu 10 ke 20 hari dari peringkat pembungaan dan pembentukan buah supaya nutrien yang sepatutnya larut dan meresap ke dalam tanaman.

  • Baja Organik Sintetik

baja

Akhir sekali ialah baja organik sintetik, iaitu baja yang dihasilkan daripada gabungan gas dan sebatian organik yang disintesis secara bukan semula jadi. Proses penghasilan baja organik sintetik adalah gabungan gas ammonia, hidrogen dan karbon dioksida.

Sumber kepada gas ammonia ialah pengikatan gas nitrogen oleh proses haber, manakala sumber kepada gas karbon dioksida ialah gas yang terbebas daripada perindustrian dan perkilangan. 

Baja urea merupakan satu-satunya penemuan yang tunggal dalam pembuatan baja organik sintetik. Dalam proses penghasilan baja urea, gas hidrogen yang terhasil melalui tindak balas air dan gas membentuk gas karbon dioksida dalam jumlah yang banyak. 

Proses penghasilan baja urea ini memerlukan suhu yang tinggi iaitu 400-500 suhu celsius dan jenis tindak balas berbalik. 

  •  Baja Bakteria Baik 

Baja bakteria baik diperbuat daripada pelbagai unsur tanaman dan hidupan. Baja jenis ini mula diperkenalkan dalam bidang pertanian oleh Dr. Terui Higa pada tahun 1980-an. 

Secara dasarnya, beliau telah melakukan kajian atas bakteria yang menggalakkan prestasi tanaman padi di Jepun. 

Hasilnya, apabila diuji kepada tanaman lain, fungsi bakteria baik ini sesuai untuk semua kategori dan peringkat tanaman.

Penghasilan baja bio-teknologi ini bermula dengan mengekstrak bakteria baik yang dikenalpasti daripada unsur tanaman dan hidupan. 

Kemudian, ia dikumpulkan dalam bentuk cecair atau pepejal, sebelum digunakan di lapangan pertanian. 

Kajian menunjukkan baja bakteria ini mampu meningkatkan prestasi pengeluaran sehingga 2 kali ganda. Kadar penyerapan nutrisi juga didapati bertambah sehingga melebihi 50%.

Fungsi bakteria baik dalam tanaman adalah seperti berikut :

  1. Memperbaiki struktur tanah supaya lebih mudah akar pokok untuk menyerap nutrisi.
  2. Memudahkan akar pokok untuk menyerap nutrisi.
  3. Membantu proses fotosintesis dan pengambilan makanan di stomata daun.
  4. Mewujudkan koloni bakteria baik yang menghalang anasir penyakit kulat dan kuman (bakteria jahat).
  5. Menghalang serangan binatang seperti serangga yang tidak suka kewujudan bakteria baik ini dalam sistem pokok

Di Malaysia, baja bioteknologi menggunakan bakteria baik ini masih baru dan masih ramai yang belum menggunakan secara komersial dan berterusan.

Kesimpulannya, pengetahuan mengenai jenis kandungan unsur pemakanan dalam setiap baja dan juga fungsi unsur tersebut kepada pembentukan dan pertumbuhan tanaman adalah penting bagi menentukan faktor pemilihan baja.

Buat anda yang sedang mencari baja yang berkualiti, tidak merosakkan struktur tanah serta boleh digunakan untuk pelbagai jenis tanaman, anda boleh dapatkan baja PowerGRO!

PowerGROApa yang bagusnya tentang baja PowerGRO ini?

Ia membantu untuk: 

  • Menggalakkan pertunasan tanaman. 
  • Menggalakkan tumbuhnya bunga dan buah.
  • Menstabilkan struktur tanah dan pH-nya.
  • Membantu meningkatkan ketahanan tanaman daripada kerosakan/penyakit.

Selain itu, kami sediakan juga sebab-sebab mengapa anda perlu memiliki baja ini: 

  • Baja dihasilkan oleh gabungan bahan organik dan teknologi mikro yang memberi impak positif kepada tanaman
  • 100% bebas daripada tinja haiwan
  • 100% ekstrak semulajadi
  • Team yang berpengalaman lebih 10 tahun

Jadi, tunggu apa lagi? 

Jom dapatkan baja PowerGRO sekarang!

 

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.