Apa 5 Jenis Tanah Untuk Tanaman? Baca Ni!

Facebook
Twitter
LinkedIn

Apabila sebut tentang penanaman, ramai orang beranggapan teknik penjagaan, penggunaan baja, dan cara siraman adalah amat penting. Tapi, tahukah anda jenis tanah untuk tanaman juga memainkan peranan? 

Jika anda baru menceburi dalam bidang pertanian, berkemungkinan anda masih tidak terbiasa bagaimana para petani menggambarkan tekstur tanah. 

Ada antara mereka yang memberi gambaran seperti berpasir, tanah liat, dan sebagainya. 

Pentingnya anda untuk mengetahui tekstur tanah tanaman adalah supaya anda boleh membuat persediaan tanaman yang lebih rapi. 

Jadi, jom baca artikel ini kerana kami akan menerangkan 5 jenis tanah tanaman yang anda patut tahu. 

Tidak kiralah sama ada anda baru berjinak dalam dunia pertanian atau tidak, anda masih boleh memanfaatkan ilmu ini pada masa hadapan kelak. 

Jadi, teruskan membaca!

 

5 Jenis Tanah Sesuai Untuk Tanaman

Syarat paling utama dalam aktiviti pertanian adalah untuk menyediakan tanah yang bersesuaian dengan tanaman pilihan anda. 

Tidak kiralah sama ada anda ingin bercucuk tanam di rumah, kebun atau tempat lain, anda perlu tahu dan pilih tanah tanaman yang betul. 

Antara tanah tanaman yang ada ialah: 


Tanah liat 

Tanah liat adalah antara tanah yang mudah untuk melekat apabila dibasahkan kepada air. Hal ini kerana partikel dalam tanah liat ini sangat kecil dan rapat. 

Disebabkan itu, tanah ini mempunyai saluran pengaliran dan pengudaraan yang kurang baik. 

Ini boleh mengakibatkan akar tanaman tidak berkembang dengan baik. 

Apabila ini berlaku, anda perlu menggembur tanah liat ini bagi memastikan tanaman anda menerima udara dan air yang mencukupi. 

Salah satu ciri-ciri tanah liat ialah ia berwarna merah-kemerahan dan boleh dikepal apabila anda membasahnya dengan air. Ini dikenali sebagai tanah liat kepal. 

Namun, sekiranya ia hanya melekit tanpa boleh dikepal, maka itu ialah tanah liat biasa sahaja. 

Antara tumbuhan yang sesuai ditanam di tanah liat ini ialah padi dan jagung. 


 Tanah pasir

jenis tanah untuk tanaman

Jika anda perhatikan tanah bersifat seperti pasir, anda pasti boleh menggambarkannya ia akan berderai. 

Ini kerana partikel tanah pasir ini “besar” dan mudah berderai apabila kita cuba menggenggamnya. 

Maka, ini menunjukkan tanah pasir ini mempunyai pengudaraan dan pengairan yang lemah.

Disebabkan itu, nutrien yang ada pada jenis tanah ini akan menjadi sukar untuk diserap oleh tumbuhan. 

Jadi, anda harus menyiram tumbuhan ini secukupnya, lebih-lebih lagi pada musim panas yang berpanjangan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan organik seperti raji ayam yang berfungsi sebagai pengikat. 

Pengikat ini bertujuan untuk memastikan tanah pasir boleh digumpalkan sekaligus meningkatkan penyerapan air. 

Antara contoh tanaman yang sesuai ditanam menggunakan tanah pasir ialah pokok kelapa atau tembikai.


 Tanah gambut 

jenis tanah untuk tanaman

Tanah gambut ini mudah dikenali kerana warnanya yang berwarna perang atau kehitaman. 

Ia mengandungi bahan organik yang tinggi akibat daripada pereputan mineral atau tumbuhan yang sudah ditimbus di dalamnya.

Selain daripada faktor di atas, pembentukan tanah gambut ini juga adalah disebabkan daripada faktor iklim, paras air pasang dan surut, hujan, dan mikroorganisma yang sudah reput.

Tanah gambut boleh didapati di kawasan yang berpaya dan belukar. 

Disebabkan itu, ia tidak mempunyai saliran yang baik. Ia juga dikenali sebagai tanah yang bermasalah atas beberapa sebab seperti: 


  • Saliran yang buruk dan mudah tenggelam di kawasan yang berpaya.
  • Kandungan pH yang rendah dan masam. Ini menyebabkan tanah ini tidak mengandungi banyak nutrien atau zat untuk tanaman. 
  • Mudah kering apabila musim kemarau.

Untuk itu, anda boleh atasi masalah di atas dengan melakukan sistem perparitan yang tidak terlalu dalam. 

Selain itu, kaedah pengapuran pada tanah gambut juga penting untuk mengurangkan kandungan pH yang masam.

Anda boleh lihat tanah gambut ini di beberapa negeri di Malaysia seperti Selangor, Perak, dan Johor. 

Selain daripada tanaman pokok kelapa sawit, anda juga memanfaatkan tanah gambut ini dengan menanam sayur-sayuran seperti nanas, jagung, ubi kayu, kacang tanah, dan sebagainya,


 Tanah loam

Tanah loam merupakan antara tanah yang paling bagus kerana ia mempunyai saluran pengairan dan udara yang amat baik. 

Ini bermakna tanah ini tanaman dapat menyerap secukupnya dan tidak mudah kering. 

Selain itu, dengan adanya daya pengudaraan yang baik, akar tumbuhan dapat “bergerak” bebas di dalam tanah untuk mencari nutrien.

Tanaman yang sesuai untuk tanah loam ialah sawi dan terung.


Tanah endapan

jenis tanah untuk tanaman

Tanah endapan atau juga dikenali sebagai aluvial, mempunyai partikel yang lebih kecil berbanding tanah pasir. 

Anda boleh dapati tanah ini di kawasan berair seperti sungai.

Ciri-ciri tanah ini ialah ia lembut, ringan, dan mampat. Mampat disini bermaksud tanah ini mempunyai masalah daya pengudaraan. 

Antara tumbuhan yang sesuai ditanam dalam tanah endapan ini ialah jagung dan padi.

Sekarang anda sudah ketahui jenis tanah tanaman yang bersesuaian dengan tumbuhan yang ingin ditanam. 

Selain daripada mengetahui jenis tanah tanaman, anda perlu tahu cara penjagaan tumbuhan yang betul agar ia dapat tumbuh dengan baik.

Jika anda perlukan bantuan seperti konsultasi mengenai pertanian, anda boleh hubungi Teknoganik Hijau

Klik link di bawah ini untuk lawati laman web mereka. 

 

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.