Kelebihan Fertigasi Sebagai Kaedah Pertanian Moden

Facebook
Twitter
LinkedIn

Pada zaman sekarang, terdapat banyak jenis kaedah pertanian yang digunakan oleh para petani untuk mendapatkan hasil tuaian yang baik seperti kaedah fertigasi.

Kaedah ini semakin digemari oleh ramai petani kerana mendapat banyak kemudahan semasa menggunakan kaedah ini. Namun, masih ramai tidak mahir dan tahu tentang cara melaksanakannya.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan mengenai fertigasi dan kelebihan yang dibawa olehnya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

 

Apa itu Fertigasi?

fertigasi

Bagi mereka yang sudah lama bertani, pasti mereka tahu tentang kaedah ini. Tetapi bagi mereka yang baru di dalam industri ini, anda boleh mempelajari tentang fertigasi di bahagian ini.

Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah yang sering digunakan selalu dalam sistem tanaman. Ia adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis.

Kaedah fertigasi ini adalah teknik yang moden dan telah menunjukkan kesan baik yang banyak terhadap tanaman-tanaman para petani di Malaysia.

Ia dikatakan bahawa sistem ini mampu menaikkan efisiensi penggunaan baja sehingga 80 hingga 90 peratus.

Efisiensi baja meningkat begitu kerana kehadiran nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan baik. 

Ini sudah pasti membantu anda untuk memudahkan proses pertanian yang dijalankan.

 

Jenis Kaedah Fertigasi

fertigasi

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis penanaman fertigasi yang biasanya digunakan di Malaysia iaitu : Struktur Perlindungan Hujan (SPH) dan Terbuka.

Kami akan menerangkan tentang dua-dua kaedah ini dalam bahagian ini.

  • Struktur Perlindungan Hujan (SPH)

Ini adalah jenis kaedah fertigasi indoor iaitu direka untuk melindungi sistem penanaman dari kena air hujan dan juga sinaran matahari.

Ia juga melindungi sistem penanaman dari serangga kerana sistem ini biasanya dilengkapi dengan jaring kalis serangga dipasang pada dindingnya.

Bumbung sistem ini biasanya dibuat dari plastik yang mempunyai lapisan perlindungan UV manakala rangkanya dibuat dari bahan kuat seperti paip besi, kayu dan bahan-bahan lain.

  • Terbuka

Kaedah seterusnya berbeza kerana ia terbuka dan tidak mempunyai bumbung atau diletakkan dalam apa-apa struktur.

Ia menggunakan air hujan untuk mencairkan baja yang ada dalam polibag tanaman tersebut. 

Penanam yang menggunakan sistem ini juga perlu menggunakan bahan ekstra seperti racun kulat dan racun serangga untuk melindungi tanaman mereka daripada serangan penyakit.

Ini ia tidak terlindung dan lebih senang untuk dikacau oleh serangga atau binatang kecil yang lain kerana semua tanaman di tempat yang terbuka.

 

Kelebihan Fertigasi

fertigasi

Jika anda masih terfikir sama ada kaedah ini sesuai untuk anda, kami akan memberitahu anda beberapa kelebihan yang dibawa oleh kaedah fertigasi.

1. Jimat Kos

Kelebihan pertama kaedah ini adalah boleh membantu menjimatkan kos. Ia akan mengurangkan penggunaan air dan baja.

Dengan itu, bil air dan juga kos untuk selalu beli baja akan kurang dan menjimatkan duit anda dalam jangka masa yang lama. 

Selain itu, paip yang perlu dibeli untuk sistem ini juga lebih murah berbanding dengan kaedah lain.

2. Tanaman Lebih Berkualiti

Kaedah fertigasi juga akan membantu anda menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti. Ini kerana ia memastikan nutrien dapat masuk dalam tanaman dengan elok.

Sistem ini dapat memastikan tanaman anda berada dalam suasana yang sesuai dan tidak terdedah dengan perkara yang boleh merosakkan mereka.

3. Kawal Perosak

Kaedah penanaman ini juga boleh melindungi tanaman anda dari serangga atau binatang yang membahayakan. Ini boleh memastikan ia akan tumbuh dengan subur.

Ini terutamanya untuk sistem fertigasi SPH kerana ia tertutup dan susah untuk binatang memasuki kawasan tersebut. Dengan itu, anda tidak perlu risau berbanding kaedah lain.

Kesimpulannya, sistem fertigasi merupakan salah satu cara yang sangat bagus dan sesuai untuk penanaman kerana kelebihan yang dibawa oleh kaedah ini.

Jika anda sedang mencari baja organik yang boleh meningkatkan efisiensi sistem fertigasi, anda boleh dapat baja PowerGRO! 

Baja PowerGRO merupakan salah satu produk lokal yang terbaik dalam bidang pertanian. Ia amat bagus untuk memastikan tumbesaran pokok dalam keadaan yang terjaga. 

Selain itu, baja foliar ini juga bebas daripada campuran bahan kimia dan sisa haiwan yang boleh merosakkan kesihatan pokok. Anda boleh dapatkan baja ini dalam 3 saiz yang berbeza iaitu: 

  • 500ml (RM45.00)
  • 1 liter (RM65.00)
  • 4 liter (RM180.00)

Baja ini sesuai digunakan pada tanaman seperti:

  1. Pokok buah-buahan 
  2. Pokok sayuran
  3. Pokok bunga 
  4. Tanaman padi 

Tambahan pula, ada banyak kebaikan baja PowerGRO, terutama sekali jika anda menggunakan kaedah fertigasi ini. Antaranya adalah: 

  • Ia membaiki komposisi biologi tanah. 
  • Ia menggandakan kadar serapan baja bagi setiap pokok tanaman. 
  • Baja ini membantu untuk meningkatkan hasil tanaman yang berganda-ganda.
  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat. 
  • Meningkatkan daya tahan (resistance) pokok tanaman daripada terkena pelbagai tanaman. 
  • Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi kerana kepekatan baja yang tinggi dan penyerapan baja yang lebih sekata. 

Buat anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai baja ini, anda boleh klik disini

Dan, jika anda berminat untuk mendapatkan produk baja PowerGRO ini, anda boleh segera klik pada pautan di bawah ini.

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.