Kelebihan Sistem Fertigasi Anda Perlu Tahu

Facebook
Twitter
LinkedIn

Jika anda sudah lama dengan aktiviti penanaman, pasti anda tahu kelebihan sistem fertigasi. 

Ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah anda juga boleh mengusahakan tanaman di rumah sahaja! 

Tetapi, selain daripada menjimatkan kos dan pengendaliannya yang mudah, ada banyak lagi kelebihan sistem fertigasi yang lain. 

Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu kelebihan sistem fertigasi.

Maksud Fertigasi

 

kelebihan sistem fertigasi

Fertigasi adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan.

Ia adalah satu kaedah penanaman yang melibatkan pemberian baja mengikut “zon” sistem pengairan. 

Fertigasi ini adalah gabungan dua perkataan Bahasa Inggeris iaitu fertilizer and irrigation

Apabila digabungkan kedua-duanya, ia membawa maksud sistem pengairan dan pembajaan yang dilakukan secara serentak.

Jika anda tertanya-tanya jenis tanaman yang sesuai dengan sistem fertigasi, jawapannya ada di bawah ini: 

  • Cili
  • Tomato 
  • Timun Jepun
  • Pokok hiasan 
  • Strawberi

Keperluan Dalam Sistem Fertigasi

 

Pada asasnya sebelum kita memasang sistem pengairan fertigasi, kita perlu tahu keperluan dan melakar susun atur sistem pengairan fertigasi.

Antaranya adalah:

  • Tapak Projek Perlu Rata

kelebihan sistem fertigasi

Tapak projek yang rata membolehkan larutan baja ke setiap polybag pada kadar kuantiti yang sekata.

Jika tidak rata, setiap polybag tidak akan menerima kadar larutan baja kadar yang sama.

Ini akan mengakibatkan tumbesaran tanaman fertigasi tidak sama saiz. 

Selain itu, kadar baja yang berlebihan atau kurang boleh beri kesan yang tidak elok pada tanaman. 

  • Bilangan polybag

polybagJika anda ingin membentuk sistem pengairan, anda perlu beri perhatian yang khusus pada bilangan polybag.

Dengan menentukan bilangan polybag juga,  anda dapat menentukan saiz dan kekuatan pam air yang diperlukan serta jumlah air yang diperlukan. 

Bilangan polybag yang banyak bermakna anda memerlukan pam air yang besar. 

Dengan ini, anda juga dapat membuat anggaran jumlah wang yang perlu dibelanjakan bagi membina sistem fertigasi yang baik. 

  • Pengairan Titis

Untuk berfungsi dengan cekap, sistem fertigasi memerlukan beberapa komponen dan peralatan yang berkaitan. 

Antaranya ialah:

    1. Tangki air
    2. Penapis air
    3. Pam air
    4. Paip sekunder dan tertier
    5. Mikrotiub
  • Dripper
    1. Polybag dan media
  • Timer
    1. Soket, tee dan penyambung
  • Geotextile dan silvershine
  • Solenoid valve

Alatan-alatan ini akan dipasang dan dihubungkan antara satu sama lain bagi memastikan sistem pengairan fertigasi yang lancar. 

  • Tangki Air

Bilangan tangki air yang wajar disediakan adalah sebanyak 2 hingga 3 bekas. 

Mengapa anda perlu menyediakan tangki air dalam bilangan ini?  

Ini bertujuan untuk memudahkan sistem pengairan untuk baja dan air yang akan disalurkan pada tanaman.

Tetapi, jika anda seorang pengusaha tanaman yang tetap, anda memerlukan 3 tangki untuk air, baja, dan tangki simpanan.

tangki air

Fungsi utama tangki simpanan ini adalah untuk menyimpan air simpanan sekiranya bekalan air terputus.

  •  Baja

Setiap tanaman perlu mempunyai kandungan nutrien yang lengkap dan seimbang mengikut jenis tanaman.

Kebiasaannya, satu set khas mempunyai campuran dua baja dalam bungkusan atau bekas yang berlainan. 

Contoh kandungan baja:

Set A terdiri daripada kalsium, nitrat, dan ferum. Manakala, Set B pula mempunyai kalsium nitrat, monokalium fosfat, magnesium sulfat, mangan (II) sulfat, kuprum sulfat, zinc sulfat, dan asid boric, natrium molybdate.

Kelebihan Sistem Fertigasi

 

Kini,  anda sudah tahu penyediaan dan keperluan bagi penanaman sistem fertigasi. 

Seperti dinyatakan di atas, kelebihan sistem fertigasi tidak terhad pada kos dan pengendaliannya.

Kami menyediakan senarai kelebihan sistem fertigasi lain yang anda perlu tahu:

  • Nutrien dan air terletak sempurna di kawasan zon penyerapan akar 

Disebabkan sistem fertigasi amat mementingkan tapak yang rata,  maka logiklah setiap tanaman menerima nutrien daripada baja yang sama.

Seperkara lagi, dengan tapak yang rata ini, akar tanaman dapat menjalar dan menyerap kedua-dua elemen yang penting dalam tanaman iaitu nutrien dan air. 

  • Menggunakan air dengan kualiti agronomi yang rendah 

Aspek ini sangat penting untuk dipertimbangkan kerana ia bantu anda untuk menjimatkan kos.

Maka, sebab itulah anda perlu pandang serius terhadap ilmu pengurusan dan penyediaan alatan agar tanaman anda menerima air yang mencukupi dan berkualiti. 

  • Mencegah kerosakan terhadap tanaman

Dengan adanya kaedah fertigasi ini, sistem pengairan boleh dikawal dengan mudah supaya tanaman tidak rosak kerana kekurangan nutrien. 

Hal ini disebabkan sistem pengairan itu dapat dihentikan tepat pada waktunya.

  • Menggunakan baja dan air dengan rasional

Penggunaan air dan baja secara langsung mempengaruhi keupayaan produktif tanaman. 

Pada waktu yang sama, ini akan meninggalkan kerosakan yang minimum terhadap alam sekitar.

Demikianlah 4 kelebihan sistem fertigasi yang anda perlu tahu.  

Walaupun teknik penanaman ini tampak mudah dan menjimatkan, namun bagi sesetengah individu, teknik beri pulangan yang lumayan. 

Selain itu, sistem fertigasi memberi manfaat kepada individu yang ingin baru mencuba penanaman secara fertigasi, pekebun kecil, dan sederhana di Malaysia. 

Hal ini kerana cuaca dan iklim di Malaysia bersifat panas, lembap dan negara ini menerima jumlah hujan yang secukupnya. 

Maka, tidak hairanlah jika tanaman fertigasi ini dapat tumbuh dengan mekar.

Berhubungan dengan soal mekar, jika anda inginkan hasil tanaman fertigasi seperti tomato, timun Jepun atau cili yang banyak, anda perlu dapatkan baja bakteria iaitu PowerGRO!

baja PowerGRO

Dengan adanya baja bakteria PowerGRO ini, tanaman fertigasi anda akan tumbuh dengan lebih banyak, sihat serta lebat! 

Jangan risau.

Baja ini diperbuat daripada bahan-bahan organik dan tidak mengandungi sisa haiwan. Jadi, baja kami tidak ada bau yang kurang menyenangkan seperti baja yang lain. 

Di samping itu, baja ini juga amat bagus pertumbuhan akar yang lebih sihat agar ia dapat menyerap nutrien yang diperlukan oleh tanaman anda. 

Buat pengetahuan anda, PowerGRO merupakan baja buatan pilihan no.1 di Malaysia! 

Ia sudah menerima sambutan hangat daripada kalangan petani dan orang biasa yang melakukan cucuk tanam. 

Jadi, anda amat digalakkan untuk mendapatkan baja bakteria PowerGRO sekarang! 

Baja bakteria berkualiti untuk hasil tanaman yang berganda dan subur! 

Sekiranya anda berminat untuk membeli baja PowerGRO ini, anda boleh dapatkan di pautan di bawah ini.

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.