Lawatan Ladang Avokado, Kedah

Facebook
Twitter
LinkedIn

Lawatan Ladang Avokado

 Beberapa bulan lepas, team PowerGro kami sekali lagi berpeluang untuk melakukan tinjauan dan lawatan ke atas ladang Avokado yang dimiliki oleh Encik Ismail terletak di daerah Yan, Kedah untuk melihat hasil progress beliau setelah menggunakan baja PowerGro. Menurut beliau, hasil tanaman beliau telah meningkat berkali ganda!! Beliau juga mengutamakan penggunaan baja organik di dalam setiap tanaman beliau dan beliau juga mendapati baja PowerGro adalah yang terbaik untuk tanamannya, Pengusaha avokado ni telah menggunakan baja PowerGro dalam menambahbaik hasil tanaman dan mengeluarkan buah avokado yang bermutu tinggi. Selain dari itu,dengan  penggunaan baja PowerGro, hasil tanaman beliau mula menunjukkan hasil positif seperti daun semakin lebat, pucuk baru mencanak naik, batang dan dahan avokado juga membesar dengan cepat.  Dengan hasil dari bantuan nutrien dan zat yang berada di dalam baja PowerGro. Baja PowerGro adalah baja organik yang bersifat cecair yang mampu memberi nutrien penting yang diperlukan oleh tanaman avokado yang seharusnya diberi pemantauan rapi.Baja Powergro juga dapat membantu membaiki komposisi biologi tanah selain dapat menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok avokado. Dengan penggunaan baja PowerGro, pokok Encik Ismail juga cepat membesar dan daun pokoknya hijau sekata. Baja ini juga dapat membantu untuk memcepatkan anggaran tanaman untuk mula berbuah. Beliau juga mendapati pokok tanamannya bebas dari serangan serangga perosak.

Lawatan Ladang Buah Avokado Di Yan, Kedah

Pokok buah avokado merupakan pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki). Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hujau gelap berukuran 12-25 cm panjang di bahagian atas permukaan daun. Buah avokado yang terhasil dari pokok mempunyai bentuk ‘Pear’ yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm garis pusat.Secara amnya, tanaman avokado boleh ditanam di dataran rendah ke tanah tinggi, iaitu 5-1500 m. Suhu optimum untuk pertumbuhan avokado lebih kurang 12.8-28.3 ° C. pH lebih kurang 5.6-6.4, jika tanah terlalu berasid (pH<5,5) ia akan menyebabkan keracunan kerana unsur Aluminium, Magnesium dan Ferum larut dalam jumlah yang banyak dalam tanah (Sadwiyanti et al. 2009). (Sumber: https://rootofscience.com/blog/2020/sains-pertanian/cara-tanam-avocado-yang-betul-dan-mudah/)Pengunaan baja yang sesuai turut digalakkan bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak dan bermutu tinggi. Encik Ismail mendapati tanaman avokadonya ini sesuai dengan baja PowerGro. Dan ini telah terbukti apabila beliau berjaya mendapatkan  tanaman yang sihat, bebas serangga dan hasil yang banyak.  

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.