Bagaimana Proses Pengekstrakan Minyak Kelapa Sawit Dilakukan?

Facebook
Twitter
LinkedIn

Minyak kelapa sawit mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pengekstrakan minyak kelapa sawit merupakan proses yang sangat penting.

Minyak kelapa sawit digunakan sebagai minyak masak, bahan dalam makanan diproses, ramuan majerin, bahan utama dalam pembuatan sabun, serbuk cucian, bahan bakar bio dan banyak lagi.

Minyak sawit juga bagus untuk kesihatan kerana ia bebas kolesterol serta merupakan sumber tenaga yang bagus.

Jadi, bagi memastikan kualiti minyak kelapa sawit yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi,anda perlu tahu proses pengekstrakan minyak kelapa sawit yang betul.

Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang tanaman sawit, proses pengekstrakan minyak kelapa sawit serta cara untuk elakkan kualiti minyak kelapa sawit terjejas.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lagi!

 

Maklumat Pokok Kelapa Sawit

 

pengekstrakan minyak kelapa sawit

Sebelum kita masuk ke bahagian pengekstrakan minyak kelapa sawit, kita mesti perlu tahu serba sedikit tentang tanaman pokok kelapa sawit ini.

Sawit merupakan tanaman pertanian monokotiledon yang bermaksud satu kotiledon (daun benih). 

Kotiledon ini mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya adalah sebagai sumber nutrien penting untuk pertumbuhan sawit melalui proses fotosintesis.

Ia juga bantu pertumbuhan daun dan membekalkan tenaga bagi pertumbuhan stem dan cabang.

Antara ciri-ciri fizikal tanaman kotiledon ini adalah sistem akar yang serabut, batang pokok tidak berdahan, serta mempunyai pelapah/dedaun yang berurat selari.

Selain itu, tanaman sawit juga bersifat sejantina. Ini bermakna pertumbuhan bunga jantan dan betina ada pada pokok yang sama yang membolehkannya membiak secara sendiri.

Minyak kelapa sawit diekstrak daripada buah tanaman sawit ini. Sifat minyaknya berbeza-beza, bergantung pada bahagian dalam buahnya.

 

Kepentingan Minyak Kelapa Sawit Kepada Malaysia

 

pokok kelapa sawit

Industri minyak sawit merupakan salah satu industri yang terbesar di Malaysia. Ini kerana ia merupakan penyumbang yang besar dan utama kepada ekonomi negara.

Contohnya, industri minyak kelapa sawit ini pernah membantu negara kita mengatasi krisis ekonomi pada tahun 1998 dengan menjana pendapatan sekitar RM22.5 billion pada tahun sama.

Industri ini masih dapat mempertahankan kemampanan ekonomi negara dan kekal kukuh hingga hari ini.

Dalam tempoh 8 tahun, industri utama negara ini dapat menyumbang RM33 billion hingga RM43 billion, bermakna 5-7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Disebabkan sektor ini adalah penyumbang ekonomi yang besar, maka turun naik pasaran komoditi minyak sawit dunia akan memberi kesan yang besar terhadap kestabilan negara.

 

Proses Pengekstrakan Minyak Kelapa Sawit

Pengekstrakan minyak kelapa sawit merupakan proses yang sangat teliti dan mempunyai beberapa siri fasa pemprosesan bagi memastikan minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi dan bermutu.

 

Penuaian Buah Kelapa Sawit

 

buah kelapa sawit

Proses yang pertama adalah menuai buah kelapa sawit ini daripada pokoknya. Buah yang dituai perlu masak dengan secukupnya bagi menghasilkan minyak yang berkualiti.

 

Perleraian Buah dari Tandan

Buah yang telah dituai itu pula akan dileraikan daripada tandannya. Ia boleh dilakukan secara manual mahupun menggunakan mesin mekanikal.

Semestinya, menggunakan mesin mekanikal adalah pilihan yang lebih pantas dan efisien.

Bagi mesin pemprosesan berskala kecil yang tidak boleh menjana stim bagi pensterilan buah kelapa sawit, buah tersebut boleh dimasak di dalam air.

 

Pensterilan Buah

 

pensterilan buah

Seterusnya, buah yang dileraikan akan disterilkan menggunakan rawatan haba basah bersuhu tinggi (wet-heat treatment). Ia melibatkan stim yang bertekanan dan air untuk memasaknya.

Tujuan proses ini adalah untuk menyingkirkan enzim pembelahan minyak (oil-splitting enzyme) serta menahan hidrolisis berlaku (reaksi yang pecahkan molekul besar kepada lebih kecil).

Haba ini dapat membantu kentalkan protein yang mana sel galas minyak (oil-bearing cells) akan dilepaskan secara mikroskopik.

Selepas itu, protein ini akan mengalami pembekuan (coagulation) yang akan benarkan sel galas minyak untuk hadir dan bergerak dengan lebih mudah di bawah aplikasi tekanan.

 

Penghadaman Buah 

Proses penghadaman ini akan melepaskan minyak di dalam buah kelapa sawit melalui pembelahan atau pemusnahan sel galas minyak.

Penghadaman yang digunakan mengandungi silinder yang dipanaskan oleh wap yang dipasang dengan pengacau berpusing bagi melumatkan buah tersebut.

Penghadaman pada suhu yang tinggi akan kurangkan kelikatan minyak, musnahkan lapisan selaput luar buah serta menyelesaikan gangguan sel minyak dari proses pensterilan tadi.

 

Pengekstrakan Minyak Kelapa Sawit

 

pengekstrakan minyak kelapa sawit

Dalam bahagian ini, pulpa buah kelapa sawit akan ditolak masuk ke dalam mesin pengusir (expeller machine) yang akan membebaskan minyak dari buah.

Selepas minyak diekstrak, ia akan dibawa ke seksyen penjelasan bagi membuang apa-apa bendasing. 

Minyak kelapa sawit yang diekstrak ini akan diterima, diperhatikan dan disimpan dalam tangki pukal pada fasa ini.

 

Pengasingan 

Akhir sekali, selepas kesemua pepejal telah disingkirkan, pengasingan kekacang dan serat akan dilakukan.

Produk kekacang ini boleh digunakan dalam proses pengekstrakan biji sawit manakala produk serat akan digunakan sebagai minyak biomas berkualiti di dalam dandang.

 

Elakkan Kualiti Minyak Kelapa Sawit Terjejas

Cara paling berkesan untuk elakkan kualiti minyak kelapa sawit terjejas adalah dengan menjaga tanaman sawit anda dengan baik.

Terdapat beberapa langkah penjagaan kelapa sawit yang anda boleh lakukan. Antaranya adalah:

 

Pembajaan yang Betul

 

baja powerGRO

Pastikan jumlah baja yang ditabur ditentukan mengikut keperluan setiap pokok terlebih dahulu supaya anda boleh elakkan masalah terlebih atau kekurangan nutrien.

Baja yang digunakan juga perlu berkualiti tinggi seperti baja PowerGRO yang dapat menghasilkan buah yang lebat dan bermutu tinggi.

 

Kawalan Penyakit

Pastikan anda menjaga tanaman anda daripada serangan penyakit dan serangga perosak bagi memastikan kesihatan sawit anda.

 

Pemangkasan

Pemangkasan boleh dilakukan mengikut keadaan tanaman sawit anda, sama ada ketika menuai, pemangkasan tahunan atau memangkas pelepah pokok yang sudah matang.

 

Kawalan Rumpai

Merumpai dilakukan di sekeliling tanaman sawit bagi memastikan sawit tidak akan diserang sebarang jangkitan penyakit.

Kesimpulannya, pengekstrakan minyak kelapa sawit adalah proses yang sangat menguntungkan jika dilakukan dengan betul dan berhati-hati.

Jika anda sedang mencari baja foliar yang bagus dan berkualiti tinggi untuk tanaman sawit anda, PowerGro merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

Di Teknoganik Hijau, produk keluaran kami iaitu baja PowerGRO adalah baja bakteria baik nombor 1 di pasaran Malaysia kerana keberkesanannya dalam membantu tumbesaran pokok supaya membesar dan sihat pada keadaan optimum.

Produk kami bebas dari campuran bahan kimia dan sisa haiwan. Produk ini juga tidak mempunyai bau seperti baja yang ada di pasaran.

 

pengekstrakan minyak kelapa sawit

Kebaikan Baja PowerGRO:

  • Dapat membaiki komposisi biologi tanah
  • Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
  • Penggunaan baja PowerGRO dapat meningkatkan hasil tanaman berganda-ganda!
  • Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok.

Dengan menggunakan kaedah bancuhan air bebas klorin penggunaan baja ini juga dapat menjimatkan wang perbelanjaan anda!

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom tingkatkan lagi hasil tanaman sawit anda dengan menggunakan baja PowerGRO. Klik pautan di bawah ini untuk mendapatkannya!

KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie.