Penyakit Padi: Ancaman Kepada Petani

Facebook
Twitter
LinkedIn

Petani mengalami kerugian yang tinggi sekiranya padi yang diusahakan menjadi hampa atau tidak berisi akibat diserang penyakit padi.

Padi merupakan tanaman yang amat penting di Malaysia, dengan sejarah panjang dan kaya sebagai makanan ruji bagi majoriti penduduk.

Menanam padi bukan sahaja memerlukan kemahiran dan pengetahuan tentang teknik pertanian, tetapi juga pemahaman mengenai penyakit yang boleh menjejaskan tanaman ini.

Artikel ini akan membincangkan tentang beberapa penyakit padi, perosak, dan cara pencegahan serta rawatannya.

 

Sejarah dan Asal-Usul Tanaman Padi

 

Padi dikatakan berasal dari daerah lembah Sungai Gangga dan Sungai Brahmaputra di India, serta lembah Sungai Yangtse di China. Tanaman padi memerlukan suhu antara 20°C hingga 33°C dan purata hujan sebanyak 200-300 mm setiap bulan untuk tumbuh dengan baik. Di Semenanjung Malaysia, padi ditanam secara meluas di negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Perlis, dan Pulau Pinang.

 

Ciri-Ciri Botani Tanaman Padi

 

  • Batang

Batang padi berongga dan tegak, dengan ketinggian antara 30-150 cm. Buku-buku batang padat dan bengkak, dan sering kali bahagian bawah ruas batang berwarna samar atau unggu tua.

  • Daun

Daun padi panjang dan lurus, dengan 10 hingga 20 daun yang mempunyai upih daun panjang. Ligul panjang dan aurikel terdapat di bahagian pertemuan upih daun dan lai daun. Urat tengah daun ketara, kadang kala berbulu.

  • Akar

Sistem akar padi adalah adventitius. Akar bertukar warna dari putih ke perang apabila berlaku proses pengoksidan dalam tanah.

  • Bulir

Bulir padi padat dan bermula dari pangkal batang keluar daripada upih daun pengasuh. Mempunyai 1-7 cabang.

  • Spikelet

Spikelet terdiri daripada kelompok sekam (glume), kulit padi (lemma mandul & palea), dan organ pembiakan.

  • Bunga

Bunga padi terdiri daripada lemma dan palea (kulit padi), dua lodicule, enam stamen di keliling ovari.

  • Biji

Biji padi ditutupi oleh lemma dan palea (kulit padi). Lapisan luar dedak (pericarp) berwarna putih atau perang.

  • Pendebungaan

Pendebungaan padi adalah secara sendiri.

 

Penyakit Utama Padi

 

Antara penyakit padi yang menyerang tanaman padi adalah seperti berikut:

 

  1. Penyakit Karah / Buruk Tangkai

Patogen Penyebab: Magnoporthe Oryzae (Plyricularia Oryze)

Tanda-Tanda Penyakit:

  • Berbintik pada daun yang menyerupai bentuk ruang mata, lebar di tengah dan tajam di kedua-dua bahagian hujungnya. Bintik tersebut bewarna kelabu di tengah dan coklat tua pada bahagian tepi bintik.
  • Serangan juga boleh menyebabkan kesan buruk bewarna coklat/hitam pada leher atau hujung tangkai yang berbuah (buruk tangkai) dan menyebabkan buah padi menguning dan tidak berisi.

Cara Merebak:

  • Air Hujan

 

  1. Penyakit Bintik Daun (Leaf Spot Disease)

Tanda-Tanda Penyakit:

  • Berbintik pada daun
  • Penyakit ini juga boleh menyerang biji padi yang menyebabkan kualiti biji padi menurun. Lazimnya penyakit ini menyerang pada semua peringkat pertumbuhan padi.

Cara Merebak

  • Angin
  • Biji benih yang telah dijangkiti
  • Jerami yang telah dijangkiti

 

  1. Penyakit Hawar Seludang (Sheath Blight Disease)

Tanda-Tanda Penyakit

  • Daun/batang melecur seolah-olah disebabkan titisan air panas
  • Dalam serangan teruk, daun/pokok menjadi kering dan mati
  • Lazimnya, penyakit ini menyerang dari peringkat mulai berumpun sehingga penuaian.

Cara Merebak:

  • Air (seperti hujan)
  • Sentuhan secara langsung daun/batang yang bebas daripada jangkitan dengan bahagian yang berjangkit (pemindahan spora)

 

Perosak yang Menyerang Tanaman Padi

 

  1. Bena Perang (Nilaparvata lugens)

Bena perang adalah serangga kecil yang menghisap sap tanaman, menyebabkan daun menjadi kuning dan kering dengan gejala yang dinamakan “hopper burn”.

  1. Kutu Bruang (Scotinophara coarctata)

Nimpa dan dewasa kutu bruang menghisap batang di paras air, menyebabkan pokok bantut dan buah padi tidak menjadi. Serangan teruk boleh menyebabkan pokok layu dan kering.

 

Langkah-Langkah Pencegahan Umum

 

  1. Menggunakan Benih Tahan Penyakit

Varieti padi yang tahan penyakit adalah langkah pencegahan yang paling efektif. Banyak varieti padi moden telah dihasilkan dengan ketahanan terhadap pelbagai jenis penyakit.

  1. Pengurusan Air yang Baik

Pastikan sistem saliran berfungsi dengan baik untuk mengelakkan genangan air yang boleh menjadi tempat pembiakan patogen.

  1. Rotasi Tanaman

Amalkan rotasi tanaman untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan serangan perosak.

  1. Penggunaan Bahan Kimia dengan Bijak

Gunakan fungisida dan insektisida yang sesuai dengan bijak dan mengikut arahan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

  1. Pengurusan Tanaman yang Baik

Amalkan teknik pengurusan tanaman yang baik seperti penjarangan tanaman, pembuangan sisa tanaman yang terinfeksi, dan pemangkasan daun yang berpenyakit.

Pengurusan penyakit padi memerlukan pengetahuan dan tindakan yang proaktif.

Dengan mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai, petani dapat mengurangkan risiko kerugian dan memastikan hasil padi yang baik.

Para petani pasti seronok jika melihat tanaman padi menjadi seperti berikut, kan?

  • Mempunyai akar keluar banyak
  • Tunjang pokok kuat
  • Anak padi cambah banyak, tumbuh rapat & padat.
  • Tangkai padi panjang
  • Banyak bernas terhasil

Semua ini boleh dicapai dengan menggunakan baja organik PowerGro.

 

DAPATKAN BAJA ORGANIK POWERGRO

 

PADI HYBRID-Sungai Burung,Kuala Selangor

Di tengah hamparan luas sawah padi yang menghijau di Sungai Burung, Kuala Selangor, terdapat kisah kejayaan seorang pengusaha padi, Encik Rosli, yang