Tak Tahu Tanah Gambut Sesuai Untuk Tanaman Apa? Baca Ni

Facebook
Twitter
LinkedIn

Bagi mereka yang berkebun atau baru sahaja ingin bermula, terdapat banyak perkara yang perlu diketahui seperti tanah gambut sesuai untuk tanaman apa.

Ini kerana terdapat banyak jenis tanah yang tidak sesuai untuk semua buah atau tanaman. Jika tersalah, ia boleh menyebabkan tanaman rosak dan tidak dapat mengeluarkan hasil.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan dan menjawab soalan tanah gambut sesuai untuk tanaman apa dan perkara lain yang anda perlu ambil tahu.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.

 

Info Ringkas Tanah Gambut

 

tanah gambut sesuai untuk tanaman apa

Untuk pengetahuan anda, tanah gambut adalah tanah terbentuk dari pereputan bahan organik seperti daun, ranting dan kayu yang berlaku secara perlahan.

Ia menyebabkan tanah ini berasid yang mempunyai pH 3-5. Ia juga berwarna hitam atau perang.

Tanah ini biasanya dijumpai di permukaan dasar lempung atau pasir dan mempunyai gabungan 10% bahan organik dan 90% air.

Ia mempunyai banyak lapisan iaitu tanah mineral,tanamh gambut, permukaan tanah dan seterusnya vegetasi atau tanaman.

Tanah gambut sangat menarik kerana tidak dapat dijumpai di seluruh Malaysia. Ini juga menyebabkan ramai tidak tahu tanah gambut sesuai untuk tanaman apa.

 

Ciri-ciri Tanah Gambut

 

tanah gambut sesuai untuk tanaman apa

Terdapat beberapa ciri tanah gambut yang membuatkannya unik berbanding dengan jenis tanah lain. Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:

  • Kurang subur
  • Lembek
  • Mempunyai sifat asam tinggi
  • Berasid tinggi
  • Warna yang hitam atau perang
  • Biasanya terbentuk di wilayah rawa

Berdasarkan ciri-ciri tanah gambut di atas ini, pasti anda tertanya-tanya apakah jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam pada tanah gambut ini. 

Jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut. 

 

Jenis Tanaman dan Pembajaan Tanah Gambut

 

pokok nenas

Di bahagian ini, kami akan menjawabkan persoalan tentang tanah gambut sesuai untuk tanaman apa. 

Secara mudahnya, tanaman yang boleh dan sesuai untuk tanah gambut adalah yang berakar cetek.

Antara tanaman yang popular adalah ubi kayu, j.agung, kacang, kelapa,nenas dan juga kelapa sawit yang semakin ditanam di tanah gambut.

Jika memilih untuk menanam di tanah gambut, anda perlu tahu bahawa proses pembajaan adalah satu perkara yang perlu dilakukan.

Ini kerana nutrien di dalam tanah ini tidak banyak seperti tanah lain. Oleh itu, baja diperlukan untuk menghasilkan tanaman atau buah yang subur.

 

Cara-cara Untuk Menjaga Tanah Gambut

 

tanah gambut sesuai untuk tanaman apa

Terdapat beberapa cara yang perlu dibuat untuk menjaga tanah gambut. Ini kerana ia adalah unik dan tidak sama dengan tanah lain.

Oleh itu, langkah-langkah berjaga perlu diambil supaya ia tidak akan membawa masalah. Antara caranya adalah seperti berikut:

 

Sistem Saliran Terkawal

Kadar air dalam tanah gambut perlu dikawal dengan baik supaya tidak lebih atau kurang. Ia juga untuk elak tanaman rosak kerana terendam dalam tanah tersebut.

 

Pengapuran

Langkah pengapuran juga merupakan cara untuk menjaga jenis tanah ini kerana penting untuk kurangkan keasaman tanah dan menaikkan pH tanah.

 

Pembajaan

Anda juga boleh menggunakan baja yang elok dan sesuai ke atas tanaman pada tanah gambut untuk menghasilkan tanaman yang lebih baik kerana banyak nutrien tidak dapat pada tanah ini.

 

4 Manfaat Tanah Gambut

 

manfaat tanah gambut

Sekarang anda sudah tahu tanah gambut sesuai untuk tanaman apa. Mari kita lihat manfaat tanah ini.

 

  1. Sumber Air 

Ciri tanah gambut yang lembik menyebabkan ia mempunyai kadar penyerapan air yang tinggi. Ini boleh nampak terutamanya pada musim hujan.

Namun anda perlu berhati-hati supaya ia tidak meresap secara berlebihan kerana boleh merosakkan tanaman anda.

 

  1. Sebagai Ladang Haiwan

Jika anda mempunyai haiwan seperti ayam dan lembu, tanah gambut boleh membantu anda. 

Tanah yang digunakan untuk ternakan tidak memerlukan perkara tertentu kerana ternakan tidak memerlukan nutrien daripada tanah seperti tumbuhan dan biasanya kosong.

Ia adalah tempat yang sesuai bagi mereka.

 

  1. Sumber Tenaga

Untuk pengetahuan anda, tanah gambut yang kering boleh dijadikan sebagai sumber tenaga untuk manusia!

Ini sudah dijadikan di Indonesia di mana mereka guna tanah gambut yang berkualiti dan menjadikannya sebagai bahan untuk menjana elektrik. 

 

  1. Membantu Mengurangi Pemanasan Global

Ciri-ciri tanah gambut sangat bermanfaat untuk dunia kerana ia dapat mengurankan efek pemanasan global yang semakin teruk pada setiap hari.

Ini kerana tanah gambut dapat menyerap gas berbahaya supaya ia tidak dilepaskan ke udara. 

Kesimpulannya, mengetahui perkara seperti tanah gambut sesuai untuk tanaman apa adalah perkara yang penting bagi mereka yang ingin berkebun.

Seperti yang dinyatakan di atas, penggunaan baja adalah amat penting untuk memastikan kualiti dan struktur tanah sentiasa dalam keadaan yang baik.

Baja yang kami cadangkan untuk anda guna ialah baja PowerGRO! 

 

baja powergro

Ia membantu untuk meningkatkan kesihatan tanah dengan membina bahan organik yang kaya dan meningkatkan aktiviti mikrob. 

Tapi, bagaimana baja PowerGRO ini “sesuai” untuk tanah gambut? 

Sebenarnya, keadaan tanah gambut adalah lembut dan lembap. Jadi, ia bantu untuk merangsang koloni mikrob untuk membiak dan menguasai lapangan. 

Koloni mikrob yang aktif akan mempercepatkan proses pengambilan nutrisi menjadi pokok, menguraikan baja dengan lebih efektif (reduce fertilizer leeching) dan menjadi agen rintang penyakit, terutamanya serangan hama dan kulat. 

Selain itu, baja PowerGRO ini menggunakan campuran mikro-organisma anerobik mikrob yang mempunyai kesan yang baik terhadap proses pembentukan produk pertanian.

Untuk merangsang pembungaan dan tumbesaran tanaman, anda perlu mengikut sukatan campuran baja ini dengan air yang telah dinyatakan mengikut jenis tanaman. 

Kaedah penggunaannya pula sangat mudah, anda hanya perlu sembur pada batang dan daun sehingga basah. 

Selepas 2 minggu penggunaan, perubahan pada pokok tersebut amat jelas kelihatan lebih segar dan bermaya. 

Selain itu, kebaikan baja PowerGro adalah :

 

  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar tumbuhan yang lebih sihat. 
  • Bunga kembang lebih lama dan lambat layu atau gugur. 
  • Daun pokok lebih hijau, sihat, dan segar. 
  • Kadar serapan baja yang tinggi untuk setiap pokok.
  • Gandaan hasil tanaman yang memuaskan.
  • Penggalakan tumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Daya tahan penyakit pokok.
  • Pengeluaran bunga yang kerap, segar dan tahan lama.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Mari dapatkan baja PowerGRO dengan klik pada link yang diberikan di bawah ini sekarang! 

 

jenis durian

5 Jenis Durian Paling Famous di Malaysia

Setiap jenis durian mempunyai aroma yang kuat, rasa dan tekstur berkrim yang tersendiri. Musim durian pun sedang berlangsung, dengan kepelbagaian durian yang

penyakit padi

Penyakit Padi: Ancaman Kepada Petani

Petani mengalami kerugian yang tinggi sekiranya padi yang diusahakan menjadi hampa atau tidak berisi akibat diserang penyakit padi. Padi merupakan tanaman yang