tanaman sayur di rumah

Dalam dunia yang semakin sibuk ini, ramai mahukan cara yang lebih mudah untuk mendapatkan makanan segar dan berkualiti. 

Lebih-lebih lagi suri rumah yang mana mereka ingin memastikan masakan yang disediakan untuk keluarga adalah berkhasiat. 

Tahu tak anda, salah satu cara terbaik untuk mencapai ini adalah dengan mempunyai tanaman sayur di rumah sendiri.

Bukan sahaja dapat memberikan kepuasan tersendiri, malah dapat menyediakan hidangan yang berkhasiat tanpa perlu bergantung pada pasaran semata-mata. 

Jadi, ayuh kita terokai bagaimana untuk memulakan proses tanaman sayur di rumah ini dan cara menanam sayur.

 

Sayuran yang Mudah Ditanam

 

sayuran

Sebelum menanam tanaman sayur di rumah, penting untuk mengetahui jenis sayuran yang paling sesuai untuk ditanam.

Ada sesetengah sayur yang lebih mudah ditanam daripada yang lain. Penjagaan yang diperlukan juga adalah sangat minimum. 

Berikut adalah beberapa contoh sayur-sayuran yang mudah untuk ditanam;

 

1. Sayur-sayuran Hijau

 

Sayuran hijau seperti bayam, sayur sawi, dan daun bawang adalah pilihan yang baik untuk pemula. 

Sayur-sayuran itu tumbuh dengan cepat dan boleh dipetik secara berterusan. 

 

2. Tomato

Sekiranya anda belum tahu, rupa-rupanya tomato adalah tumbuhan yang sangat popular di rumah.

Tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang mencukupi dan penjagaan yang minimum. 

Ia bukan sahaja mudah dalam penjagaan namun memberi khasiat yang baik kepada kulit dan penglihatan. 

 

3. Timun

 

Seterusnya, timun adalah sejenis sayuran yang mudah ditanam di dalam pasu atau kotak. 

Ianya tumbuh dengan cepat dan menghasilkan banyak buah. 

 

4. Cili

 

Jika anda suka pedas, cili adalah pilihan yang baik untuk dijadikan tanaman sayur di rumah anda.

Cili mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti tanaman lain. 

Ianya berkembang maju dalam cuaca panas dan akan mula berbuah dalam tempoh 75 hari. 

 

 

Bahan Diperlukan untuk Menanam Pokok dengan Mudah

 

tanaman sayur

Terdapat beberapa bahan asas yang diperlukan sebelum anda memulakan tanaman sayur di rumah. 

Berikut adalah senarai barang yang anda perlukan;

 

1. Bekas – Pasu, Botol, Polybag

Untuk menanam sayur-sayuran, anda boleh menggunakan bekas seperti pasu, botol, ataupun polybag.

Bagi yang suka akan kekemasan, lebih elok menanam sayur di dalam pasu. 

Ini kerana pasu mempunyai pelbagai saiz dan corak yang boleh anda pilih. 

Tanaman sayur boleh dibuat di dalam botol bagi mereka yang kreatif, tetapi disarankan supaya anda memilih botol yang besar.

Pastikan juga anda membuat saluran air yang baik untuk tumbuhan.

Polybag pula adalah plastik hitam tebal yang berlubang. Kebanyakkan nurseri tanaman menggunakan ini untuk tanaman mereka. 

 

 

2. Tanah Tanaman

Pilihlah tanah yang berkualiti tinggi yang sesuai dengan jenis sayuran yang anda ingin tanam. 

Pastikan juga anda memahami media tanaman iaitu jenis tanah yang digunakan. 

Ada yang menggunakan tanah campur, tanah bakar ataupun kompos. 

Namun, untuk penanaman di dalam pasu, kompos adalah lebih elok kerana medianya tidak berat.

 

3. Baja

 

Pembajaan amat penting kepada tanaman sayur di rumah yang tumbuh di dalam bekas. 

Ini kerana, pokok di dalam bekas hanya bergantung pada baja untuk mendapatkan nutrien. 

Oleh itu, selalulah bekalkan baja seperti kompos atau baja sebatian kepada tanaman anda. 

 

4. Penyiram Air

penyiram air

Kebiasaannya, penyiraman air yang mudah adalah sistem siraman manual. 

Ianya adalah siraman terus dari paip air ataupun menggunakan tong siraman. 

Terdapat beberapa inovasi yang boleh anda guna iaitu menyediakan pemercik air.

Pemercik air itu boleh digunakan untuk menyiram tanaman sayur di rumah anda dengan kerap tanpa anda sendiri yang lakukan. 

 

Cara Menanam Sayur di Rumah

Baiklah, anda telah mempunyai semua yang anda perlukan untuk tanaman sayur di rumah. 

Sekarang, mari kita lihat langkah asas untuk menanam sayur-sayuran tersebut.

 

1. Penyediaan Tanah

Untuk penyediaan tanah, pastikan tanah di dalam pasu atau tempat tanaman anda cukup subur dan gembur. 

Anda boleh tambah baja organik jika perlu untuk membantu kesuburan tanaman. 

 

2. Tanam Benih atau Pokok Matang

Apabila anda ingin menanam benih pokok, anda haruslah mengikut arahan pada bungkusan benih itu.

Begitu juga dengan pokok matang yang mempunyai cara tersendiri yang perlu diikuti semasa menanam. 

Ingat, pastikan anda juga meninggalkan ruang yang cukup di antara setiap tumbuhan. 

Ini untuk memastikan pertumbuhannya adalah baik dan tidak terlalu bersaing untuk dapatkan nutrien dan air.

 

3. Air dan Pengairan

Tanaman anda perlu disiram dengan kerap tetapi jangan berlebihan. 

Air yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif terhadap tanaman. 

Hanya pastikan agar tanah lembap dan mempunyai pengairan air yang baik supaya air tidak bertakung. 

 

4. Penjagaan Berkala

Periksa tanaman anda dengan kerap untuk memastikan ia berada dalam keadaan sihat. 

Selalunya, apabila wujud serangga perosak yang menyerang tanaman, ramai menggunakan racun serangga untuk menyingkirkannya. Sedangkan ianya mengandungi bahan kimia. 

Cara untuk mengelakkan serangan perosak adalah anda boleh tanam pelbagai jenis sayuran seperti kucai dan pudina. 

 

5. Menuai Hasil

Akhir sekali, setelah sayur-sayuran anda masak, tuailah dengan berhati-hati. 

Anda juga dapat bersedia untuk mengambil hasil pokok anda yang telah dijaga dengan baik. 

Hasil yang anda dapat daripada tanaman sayur di rumah anda boleh terus ke kuali dengan mudah!

 

Kesimpulannya, mempunyai tanaman sayur di rumah adalah cara jimat untuk mendapat makanan yang segar dan berkualiti. 

Dengan sedikit usaha dan penjagaan, anda boleh menikmati hasil tanaman anda sendiri. 

Jadi, jangan ragu untuk memulakan tanaman sayur di rumah anda sendiri dan nikmati hasilnya!

Kepada yang mencari baja yang berkualiti dan tidak merosakkan struktur tanah, anda boleh dapatkan baja PowerGRO.

Apa yang bagusnya tentang baja PowerGRO ini?

Ia membantu untuk: 

  • Menggalakkan pertunasan tanaman. 
  • Menggalakkan tumbuhnya bunga dan buah.
  • Menstabilkan struktur tanah dan pH-nya.
  • Membantu meningkatkan ketahanan tanaman daripada kerosakan/penyakit.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Jom dapatkan baja PowerGRO sekarang!

 

Leave A Comment