KEJAYAAN USAHAWAN MUDA DENGAN POWERGRO

Facebook
Twitter
LinkedIn

Lenggeng N.Sembilan -Kejayaan cemerlang tanaman timun fertigasi di Lenggeng, Negeri Sembilan, menjadi kisah inspirasi yang dipersembahkan oleh seorang usahawan muda bernama Ayie. Dengan penuh semangat, beliau mengusahakan tanaman timun seluas 5 ekar, menjadikan pertanian sebagai ladang pencapaian yang membanggakan.

Penggunaan baja Powergro yang telah membawa impak positif dalam peningkatan hasil tanamannya. Setiap ekar yang digarap mampu menghasilkan pendapatan sebanyak 30 hingga 40 ribu ringgit setiap musim.Kebaikan Powergro bukan sahaja meyuburkan tanah, tetapi juga memberikan ketahanan kepada tanaman dengan antibody yang kuat, dan rintang terhadap serangan penyakit.

Teknologi Mikrob atau lebih dikenali sebagai PLANT GROWTH PROMOTING RHIZOBACTERIA (PGPR) ini ialah kepelbagaian mikrob yang perlu ada pada sistem tanah dan pokok supaya segala nutrien dari pembajaan baja butir atau AB dapat di urai dan mudah diambil oleh pokok atau tanaman.

Jadual penyemburan Powergro dilakukan setiap 7 hari sekali. Pendekatan ini tidak hanya membantu meningkatkan hasil tanaman, tetapi juga mengurangkan kos pengurusan tanaman secara keseluruhan. Powergro telah membuktikan keberkesanannya dalam memperkukuh tumbesaran akar, batang, dan daun tanaman, serta memberi impak positif pada penghasilan bunga dan buah yang berkualiti.

Powergro tidak hanya mesra alam, malah tidak menimbulkan tindak balas negatif terhadap manusia kerana ianya dihasilkan daripada bahan organik. Kejayaan ini adalah bukti yang jelas bahawa teknologi pertanian yang bersifat inovatif dapat membawa impak positif kepada pertumbuhan tanaman.

Powergro turut berbangga dengan pencapaian luar biasa Ayie, seorang anak muda yang menceburi diri dalam dunia pertanian. Semangat dan kekuatan mentalnya menjadi inspirasi kepada generasi muda yang lain untuk memilih dan mengejar impian dalam bidang pertanian. Ayie meyakini bahawa kejayaan dalam pertanian adalah hasil dari kesabaran,dan keyakinan kepada Pencipta untuk terus memberi manfaat kepada alamNya. Kejayaan tanaman timun fertigasi Ayie adalah contoh nyata betapa pertanian moden dapat menjadi pilihan cemerlang dalam mencapai kelestarian dan kejayaan ekonomi.